ARTIKEL

Gambar hiasan. |Freepik.com

820,000 pelajar perempuan Tingkatan 1 tercicir imunisasi HPV

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KKM dalam proses perolehan vaksin bagi meneruskan pelaksanaan pemberian imunisasi HPV kepada 820,000 pelajar perempuan Tingkatan 1 yang tercicir daripada mendapat suntikan vaksin berkenaan.

Timbalan Menteri Kesihatan Lukanisman Awang Saun berkata, pandemik Covid-19 yang melanda dunia menyebabkan gangguan bekalan vaksin HPV peringkat global, sekali gus menjejaskan pelaksanaan pemberian imunisasi HPV di Malaysia, khususnya melibatkan pelajar perempuan Tingkatan 1 bermula 2021.

Lukanisman berkata keutamaan akan diberikan kepada pelajar perempuan Tingkatan 1 kohort 2021 terlebih dahulu, diikuti kohort 2022 dan kohort 2023, namun jangka masa pemberian suntikan bergantung kepada jumlah vaksin yang diperoleh kelak.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU