ARTIKEL

9 Jun penentu kawalan baharu

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PUTRA JAYA: Kadar jangkitan baharu Covid-19 pada 9 Jun ini bakal menjadi penentu kerajaan menggubal sebarang mekanisme perintah kawalan baharu dan memberikan kelonggaran kepada sektor lain untuk beroperasi.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kadar kes semasa wabak itu pada ketika ini menepati unjuran dan model dirangka Kementerian Kesihatan (KKM), terutama dalam mencatatkan penurunan kes kepada dua serta satu angka.

Beliau berkata, keberkesanan penularan dikawal melalui pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) itu bagaimanapun tidak mungkin dicapai tanpa kerjasama semua pihak, termasuk masyarakat yang sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

“Jika hendak melihat kepada model dan unjuran, pastinya kita sudah melakukan yang terbaik.

“Malah, unjuran kita sebelum ini menyatakan bahawa Malaysia akan mencapai satu angka.

“Hari ini, apa yang lebih penting ialah kita berjaya menukar strategi daripada PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) kepada PKPB.

“Selepas 25 hari, iaitu sejak 4 Mei lalu, kejayaan PKPB mula menampakkan kesan meskipun pelbagai kelonggaran diberikan.

“Perkara ini bukan saja bergantung kepada KKM dan kerajaan tetapi juga memerlukan kerjasama awam kerana tanpa ia, pengurangan kes baharu tidak mungkin dapat dilakukan.

“Persoalannya sekarang ialah bila kita hendak meningkatkan kaedah kawalan atau menukar strategi?

“Namun, penekanan kini terarah kepada kes daripada musim perayaan yang bakal menyaksikan sama ada kadar kes baharu seperti ini dapat dikekalkan pada satu atau dua angka menjelang 9 Jun,” katanya pada sidang media harian Covid-19 di Putrajaya, semalam.

BERITA LAIN

RM545 juta perkukuh Internet di Sarawak

KUCHING: Sebanyak RM545 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan fasa pertama Jalinan Digital Negara (JENDELA) 2 di Sarawak, melibatkan hampir 350 lokasi di seluruh negeri. Menteri Komunikasi

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha