ARTIKEL

AYUH KE STADIUM...Gandingan import Kuching City, Gabriel Peres dan Petrus Shitembi, menyeru peminat setia The Cats turun beramai-ramai bagi memberikan sorakan padu di laman sendiri. Foto: Kuching City FC

90 minit penentu, Kuching City sasar separuh akhir Piala FA

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kuching City FC mempunyai baki 90 minit di laman sendiri untuk menentukan nasib mereka ke separuh akhir Piala FA Malaysia 2026-2027 apabila menerima kunjungan Kelantan City FC dalam aksi timbal balik suku akhir di Stadium Taha Ariffin, pukul 7.45 malam ini.

Kedua-dua pasukan terikat 0-0 pada aksi pertama di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, pada 20 September lalu, menjadikan pertemuan malam ini terbuka sepenuhnya untuk menentukan pasukan yang akan mara.

KEMBALI BERLATIH…Pertahanan KCFC, Filemon Anyie, kembali menjalani sesi latihan pasukan selepas direhatkan dalam dua perlawananFoto: Kuching City FC.

The Cats memiliki kelebihan beraksi di hadapan penyokong sendiri selepas melalui tempoh panjang di tempat lawan, namun keputusan seri pada perlawanan pertama bermakna tiada ruang untuk kesilapan jika mahu meneruskan kemaraan.

Ketua jurulatih Kuching City, Aidil Sharin Sahak, sebelum ini menegaskan pasukannya perlu memulihkan prestasi selepas melalui jadual padat, termasuk sembilan perlawanan berturut-turut di tempat lawan.

“Ini masa untuk kami melakukan ‘reset’. Kami perlu kembali lebih kuat dan bersedia untuk baki saingan musim ini,” katanya.

Aksi pertama turut dicemari dua kad merah apabila pemain Kelantan City, Ahmad Nazri Muhamad, dibuang padang pada penghujung babak pertama, sebelum Jerome Mpacko Etame pula menerima kad merah pada minit ke-79.

Kelantan City dijangka tampil lebih berhati-hati selepas berjaya mengekang KCFC tanpa jaringan pada aksi pertama, dengan memberikan tumpuan utama untuk memperkemas benteng dan memanfaatkan serangan balas.

Penjaga gol utama KCFC, Haziq Nadzli, melompat dengan tangkas untuk menepis bola semasa sesi latihan terakhir di Stadium Taha Ariffin semalam. Foto: Kuching City FC

Pemain sayap Kelantan City, Wan Zaharulnizam Zakaria, sebelum ini mengakui pasukannya perlu lebih berdisiplin di bahagian pertahanan kerana menyedari tekanan beraksi di Kuching akan lebih besar.

Kuching City menghadapi perlawanan ini selepas membuka kempen Kejuaraan Kelab ASEAN Shopee Cup dengan keputusan seri 2-2 menentang Tampines Rovers FC, dalam aksi yang turut memperlihatkan semangat juang tinggi pasukan itu apabila dua kali bangkit daripada ketinggalan.

Keputusan itu dijangka memberikan suntikan keyakinan kepada The Cats, terutamanya selepas kembali beraksi di Stadium Taha Ariffin yang kini menjadi gelanggang utama mereka bagi saingan domestik dan antarabangsa.

Malam ini, Kuching City perlu lebih tajam di hadapan gawang selepas gagal memecah kebuntuan pada aksi pertama, selain memastikan disiplin kekal terjaga berikutan kedua-dua pasukan menerima kad merah di Kota Bharu.

Jika Kuching City berjaya menyingkirkan Kelantan City, The Cats akan mara ke separuh akhir Piala FA Malaysia 2026-2027.

Laluan itu juga berpotensi mempertemukan Kuching City dengan Selangor FC sekiranya pasukan Lembah Klang itu turut melepasi halangan suku akhir mereka.

Aidil, 90 minit penentu Kuching City ke separuh akhir Piala FA 2026.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU