ARTIKEL

PEMINDAHAN… Sekumpulan warga Indonesia yang ditahan di Depot Imigresen Semuja menunggu proses penghantaran pulang ke negara asal melalui Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Tebedu, hari ini.

90 warga Indonesia dihantar pulang melalui Tebedu

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

TEBEDU: Seramai 90 warga Indonesia yang ditahan di Depot Imigresen Semuja dihantar pulang ke negara asal melalui Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Tebedu, hari ini.

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sarawak dalam kenyataan memaklumkan, pemindahan melalui laluan darat itu melibatkan 69 lelaki dan 21 wanita dewasa.

Operasi bermula kira-kira jam 8 pagi itu dilaksanakan dengan kawalan dan pengiringan pegawai imigresen bagi memastikan keselamatan serta kelancaran perjalanan semua tahanan.

Menurut kenyataan itu, operasi berkenaan menggunakan kenderaan jabatan dan bas sewa untuk membawa semua orang yang ditahan (OYD) dari Depot Imigresen Semuja ke ICQS Tebedu.

Kesemua tahanan kemudian diserahkan kepada Konsul Jeneral Republik Indonesia, Dr Abdullah Zulkifli, di ICQS Tebedu.

Turut hadir pada majlis penyerahan itu ialah Kepala Kanselerai Konsulat Jeneral Republik Indonesia di Kuching, Musa Derek Sairwona dan Staf Teknis Imigrasi, Dimas Pramudito.

JIM Sarawak memaklumkan, proses pemindahan dan penyerahan tahanan berjalan lancar, selamat serta terkawal hasil kerjasama dengan Konsulat Jeneral Republik Indonesia.

Jabatan itu turut menegaskan komitmen untuk memastikan semua urusan pengurusan dan pemindahan tahanan imigresen dilaksanakan secara berintegriti serta mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan undang-undang yang berkuat kuasa.

BERITA LAIN

Anggota polis nilai situasi sebelum lepaskan tembakan

SHAH ALAM: Keadaan lokasi yang sempit serta kehadiran petugas pelbagai agensi menyukarkan tindakan seorang anggota polis dari Sarawak ketika berdepan serangan lelaki bersenjatakan parang sehingga

BERITA TERBARU

Anggota polis nilai situasi sebelum lepaskan tembakan

SHAH ALAM: Keadaan lokasi yang sempit serta kehadiran petugas pelbagai agensi menyukarkan tindakan seorang anggota polis dari Sarawak ketika berdepan serangan lelaki bersenjatakan parang sehingga

Khairul Iqbal permata baharu berbasikal Sarawak

DEBAK: Pada usia 14 tahun dan dengan pengalaman terhad dalam perlumbaan kompetitif, Muhammad Khairul Iqbal Abdullah membuktikan potensinya apabila berjaya meraih tempat ketiga kategori remaja