ARTIKEL

Wilfred Yap merakam gambar kenangan bersama ketua masyarakat, ketua kaum dan jawatankuasa kampung yang terlibat pada Program Tahunan Bakul Makanan Komuniti Sempena Perayaan Gawai Dayak 2026, di Farley Kuching, hari ini.

91 penerima terima bakul makanan sempena Gawai

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Seramai 91 penerima dari lima kampung menerima sumbangan bakul makanan sempena Program Tahunan Bakul Makanan Komuniti bagi meringankan beban mereka dalam membuat persiapan menyambut Hari Gawai Dayak 2026.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Sentosa, Wilfred Yap Yau Sin berkata, perayaan Gawai Dayak bukan sekadar sambutan kebudayaan masyarakat Dayak, malah turut melambangkan perpaduan, kesyukuran dan semangat kekeluargaan yang menjadi kekuatan rakyat Sarawak sejak dahulu lagi.

“Dalam semangat itulah program hari ini diadakan untuk berkongsi rezeki dan meringankan sedikit beban masyarakat yang memerlukan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Tahunan Bakul Makanan Komuniti Sempena Perayaan Gawai Dayak 2026 di Farley Kuching, hari ini.

Menurutnya, penerima sumbangan tersebut terdiri daripada 20 penerima dari Kampung Stampin Baru Iban, 20 penerima dari Kampung Stampin dan 17 penerima dari Kampung Lubok Buan.

Wilfred Yap menyerahkan sumbangan bakul makanan kepada seorang penerima pada Program Tahunan Bakul Makanan Sempena Perayaan Gawai Dayak 2026, di Farley Kuching, hari ini.

“Selain itu, sumbangan turut melibatkan 19 penerima dari Kampung Sungai Tapang dan 15 penerima dari Kampung Temedak.

“Semoga sumbangan kecil ini dapat membantu penerima membuat persiapan menyambut Hari Gawai dengan lebih ceria dan bermakna bersama keluarga tercinta,” ujarnya.

Dalam perkembangan berkaitan, katanya, pembangunan tidak hanya tertumpu kepada infrastruktur dan projek fizikal semata-mata, sebaliknya turut merangkumi usaha menjaga kebajikan rakyat tanpa mengira kaum, agama dan latar belakang.

“Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) sentiasa mengamalkan dasar inklusif bagi memastikan tiada rakyat tercicir daripada arus pembangunan negeri.

“Sebagai wakil rakyat Kota Sentosa, saya akan terus turun padang bagi mendengar masalah rakyat dan membantu komuniti setempat sedaya upaya.

“Hubungan erat antara rakyat dan pemimpin amat penting untuk memastikan kawasan kita terus maju, aman dan harmoni,” tegasnya.

Pada masa sama, beliau turut mengucapkan Selamat Hari Gawai kepada seluruh masyarakat Dayak yang akan menyambut perayaan itu.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU