ARTIKEL

NANCY berucap pada Seminar Latihan Kesaksamaan Ketidakupayaan (DET) dan Program Perkhidmatan Job Coach Tahun 2025 di sini, hari ini. | Foto: Ramidi Subaari

976 OKU Dapat Pekerjaan Melalui Program Perkhidmatan Job Coach

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kejayaan 976 Orang Kelainan Upaya (OKU) memperoleh pekerjaan melalui Program Perkhidmatan Job Coach menonjolkan keberkesanan usaha kerajaan dalam memperkasakan golongan tersebut.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, masyarakat dan majikan wajar memainkan peranan dalam menyokong golongan OKU.

KENANGAN…Nancy merakamkan gambar bersama-sama peserta yang hadir pada seminar tersebut. | Foto: Ramidi Subari

“Pencapaian ini dicapai melalui kerjasama 664 majikan di seluruh negara, sekali gus membuka laluan pekerjaan lebih inklusif kepada OKU.

“Di Sarawak sahaja, sebanyak 3,477 OKU menerima Elaun Pekerja OKU (EPOKU) sebanyak RM450 sebulan bagi membantu meringankan beban mereka yang berpendapatan rendah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Latihan Kesaksamaan Ketidakupayaan (DET) dan Program Perkhidmatan Job Coach Tahun 2025 di sini, hari ini.

Tambah beliau, perkhidmatan Job Coach terbukti berkesan, namun penggunaannya masih rendah akibat kurang pendedahan.

“Program ini menjadi jambatan penting supaya OKU dapat memasuki dunia pekerjaan dengan sokongan yang betul,” ujarnya.

Menjelas lanjut, sejak 2010 hingga 2024, seramai 7,426 peserta mengikuti DET di seluruh negara.

Dalam pada itu, beliau turut menyeru kerjasama semua pihak bagi membina masyarakat inklusif.

“Setiap individu OKU berhak menikmati peluang pendidikan, latihan, pekerjaan, kesihatan dan keusahawanan sama seperti orang lain.

“Oleh itu, kerajaan terus memperkukuh sokongan OKU melalui Belanjawan 2026 yang memperuntukkan hampir RM1.4 bilion, merangkumi bantuan penjagaan, elaun ketidakupayaan bekerja dan EPOKU,” tambahnya.

Beliau menambah, antara inisiatif lain dalam menggalakkan peluang pekerjaan bagi golongan OKU adalah melalui kerjasama dengan pelbagai pihak.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha