ARTIKEL

Dylan Wenzel-Halls pada sidang media praperlawanan Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 di Kuching, hari ini.

Wenzel Mahu Tebus Kecewa Di Kemboja, Janji Beri Segalanya Untuk Sarawak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Penyerang Kuching City FC, Dylan Wenzel-Halls mahu menjadikan aksi pertama Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di laman sendiri sebagai peluang menebus kekecewaan selepas gagal memperoleh keputusan diinginkan pada perlawanan pembukaan di Kemboja.

The Cats akan menerima kunjungan Kitchee SC dalam aksi kedua Kumpulan H ACL2 2026-2027 di Stadium Taha Ariffin, jam 8.15 malam esok.

Wenzel-Halls berkata, pemain sedar terdapat harapan tinggi terhadap pasukan untuk memberikan persembahan terbaik dalam perlawanan bersejarah itu.

“Ini kali pertama kelab beraksi dalam ACL2 di Sarawak, jadi kami tahu ada jangkaan untuk memberikan persembahan yang baik, bukan sahaja kepada penyokong tetapi juga menunjukkan kepada Asia mengapa kami berada dalam pertandingan ini.

“Keputusan di Kemboja bukan seperti yang kami mahukan, jadi sekarang kami mempunyai peluang besar di hadapan penyokong sendiri untuk memperbetul keadaan dan mendapatkan keputusan yang lebih baik,” katanya pada sidang media praperlawanan, hari ini.

Menurut pemain dari Australia itu, Kitchee bukan lawan yang boleh dipandang ringan berdasarkan pengalaman dan reputasi mereka di pentas bola sepak Asia.

Beliau berkata, keputusan seri tanpa jaringan yang dicatat wakil Hong Kong itu pada aksi pertama membuktikan kemampuan mereka bersaing dengan pasukan berkualiti.

Wenzel-Halls berkata, sasaran utama ialah memastikan Kuching City meninggalkan padang dengan rasa bangga dengan persembahan sendiri selepas tamat perlawanan.

Pengalaman beliau pernah beraksi dalam peringkat Asia bersama Central Coast Mariners turut menjadi kelebihan ketika Kuching City membuat penampilan sulung di pentas ACL2 musim ini.

Namun, beliau menegaskan pengalaman individu bukan perkara utama kerana seluruh pasukan perlu bergerak bersama untuk menghadapi cabaran berkenaan.

Mengulas keserasian dalam skuad, Wenzel-Halls berkata, Kuching City semakin menunjukkan peningkatan dari satu perlawanan ke satu perlawanan selepas melalui banyak perubahan pada awal musim.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

Tambah Kekerapan Penerbangan dari Sibu

SIBU: Kerajaan Sarawak diminta untuk memperkukuh perkhidmatan penerbangan dari Sibu, khususnya laluan ke Kuching, Kuala Lumpur dan Kota Kinabalu apabila kumpulan kedua pesawat tiba untuk

BERITA TERBARU