ARTIKEL

Rakyat harap PRN lahirkan kepimpinan berwibawa

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MUKAH: Pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak membuka ruang kepada rakyat memilih wakil rakyat yang mampu memperjuangkan kepentingan mereka serta meneruskan pembangunan negeri pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Tinjauan Suara Sarawak mendapati orang awam berharap proses pilihan raya berlangsung lancar, selain calon yang dipilih mampu mengutamakan kebajikan rakyat, meningkatkan kemudahan asas dan menangani isu setempat.

Azro Zain

Bagi Nur Mazlin Mazlan, 27, pembubaran DUN merupakan proses demokrasi yang memberi peluang kepada rakyat memilih pemimpin yang mampu membawa suara dan merealisasikan aspirasi mereka.

“Kerajaan yang memimpin negeri ketika ini mempunyai peluang yang baik berdasarkan rekod pentadbiran dan usaha pembangunan yang telah dilaksanakan.

Mohamad Azman Sidek

Saya berharap pilihan raya berjalan lancar serta menghasilkan kepimpinan yang terus mengutamakan kebajikan rakyat dan kemajuan Sarawak,” katanya.

Sementara itu, Azro Zain, 43, berharap PRN akan datang melahirkan pemimpin yang amanah, bertanggungjawab dan mengutamakan kepentingan rakyat, khususnya dalam memastikan pembangunan di kawasan luar bandar terus dipertingkatkan.

Adi Rusli

Beliau berharap rakyat membuat pilihan berdasarkan prestasi dan kemampuan calon, selain memastikan proses pilihan raya berlangsung dalam suasana aman.

Mohamad Azman Sidek, 33, pula berpandangan pembubaran DUN memberi peluang kepada rakyat memilih pemimpin baharu dan menjangkakan lebih ramai calon baharu akan diketengahkan pada PRN kali ini.

Bagi Adi Rusli, 32, pembubaran DUN memberi ruang kepada rakyat menilai kepimpinan serta memilih wakil rakyat yang mampu memperjuangkan kepentingan mereka dan meneruskan agenda pembangunan Sarawak menerusi Strategi Pembangunan Pasca-COVID-19 2030 (PCDS 2030).

Beliau berharap isu pembangunan, kos sara hidup, peluang pekerjaan dan kemudahan asas, terutama di kawasan luar bandar dan pesisir, terus diberikan perhatian demi kesejahteraan rakyat.

BERITA LAIN

GPS ada kelebihan strategik menjelang PRN-13

KUCHING: Gabungan Parti Sarawak (GPS) mempunyai beberapa kelebihan strategik menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak Ke-13, termasuk rekod pembangunan, kestabilan politik serta kekuatan jentera dan

PDP sedia hadapi PRN, tunggu keputusan GPS

KUCHING: Parti Demokratik Progresif (PDP) bersedia menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-13, namun keputusan mengenai calon yang bakal bertanding terletak di tangan kepimpinan Gabungan

BERITA TERBARU

GPS ada kelebihan strategik menjelang PRN-13

KUCHING: Gabungan Parti Sarawak (GPS) mempunyai beberapa kelebihan strategik menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak Ke-13, termasuk rekod pembangunan, kestabilan politik serta kekuatan jentera dan

Beri lebih ruang kepada calon muda – Jaya Ramba

KUCHING: Gabungan Parti Sarawak (GPS) digesa memberi lebih banyak peluang kepada calon muda berwibawa pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak Ke-13 bagi memastikan kesinambungan kepemimpinan