ARTIKEL

Tahan… Antara suspek yang ditahan dalam Ops Kesan pada 28 Oktober lalu selepas mereka gagal hadir semasa tempoh jaminan ditetapkan.

AADK Miri Tahan 18 Lelaki Langgar Syarat Jaminan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MIRI: Seramai 18 lelaki berusia antara 20 hingga 53 tahun ditahan oleh Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Daerah Miri dalam Ops Kesan pada 28 Oktober lalu, selepas mereka gagal hadir semasa tempoh jaminan ditetapkan.

Menurut hantaran Facebook AADK Daerah Miri, operasi berkenaan dijalankan serentak di beberapa lokasi sekitar Daerah Miri dan Subis dengan melibatkan kekuatan 14 pegawai agensi tersebut.

“Hasil operasi, tujuh individu ditahan di Subis manakala 11 lagi di Miri. Kesemua mereka sebelum ini dikehendaki hadir melapor diri kepada AADK namun gagal berbuat demikian,” kata hantaran itu.

Tambah hantaran itu, semua yang ditahan telah diperintahkan menjalani rawatan dan pemulihan selama dua tahun di Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) Kuching serta pengawasan dua tahun di bawah Akta Penagih dan Penyalahguna Dadah dan Bahan (Rawatan dan Pemulihan) 1983.

Operasi itu merupakan antara usaha berterusan AADK untuk memastikan individu di bawah pengawasan mematuhi syarat jaminan dan kekal dalam program pemulihan bagi mengelak mereka kembali terjebak dalam penagihan.

Sebelum ini, AADK Daerah Miri turut menahan 24 individu disyaki penagih dadah dalam Operasi Perdana Negeri Sarawak dan Operasi Bersepadu bersama rakan strategik di sekitar Miri dan Subis.

“Semua mereka disahkan positif methamphetamine atau syabu menerusi ujian saringan awal dan ditahan di bawah Seksyen 3 akta sama,” kata hantaran itu.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Taman Kenyalang ngеna konsep moden

KUCHING: Datuk Bandar Kuching Selatan, Dato Wee Hong Seng nerima penuemai basa ari diligit Chung Yuan Christian University (CYCU), Taoyuan, Taiwan, ti bejuraika asil tungkap

Standard teknikal nyamin pemujur servis

CYBERJAYA: Komiti Besai Komunikasyen enggau Multimedia Malaysia (MCMC) negap pemansang standard teknikal nentuka servis begunа baka komunikasyen, bekal kuasa karan enggau ai ulih beoperasyen likun,