ARTIKEL

Kredit: FB - Aaron Ago Dagang

Aaron Ago Dukacita Musibah Banjir Di Nepal, Seru Doakan Keselamatan Mangsa

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang menzahirkan rasa dukacita atas musibah banjir yang melanda daerah Rasuwa, Nepal.

Menerusi hantaran di Facebook hari ini, beliau mengajak seluruh rakyat Malaysia untuk bersama-sama mendoakan keselamatan dan kesejahteraan rakyat Nepal yang terjejas akibat bencana itu.

Beliau turut mendoakan agar usaha bantuan dan pemulihan dapat dilaksanakan dengan lancar serta dipermudahkan.

“Doa dan solidariti kita bersama Nepal pada saat yang mencabar ini,” katanya.

Aaron pada masa sama mendoakan keselamatan semua rakyat Malaysia yang berada di Nepal dan berharap mereka dapat terus dihubungi oleh keluarga dan pihak berkuasa berkaitan.

Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan semua jabatan berkaitan termasuk Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Luar untuk segera mengenal pasti serta menghubungi rakyat Malaysia yang terkesan dalam bencana itu.Terdahulu, Kementerian Luar memaklumkan sebanyak 57 rakyat Malaysia masih gagal dihubungi susulan kejadian banjir besar yang melanda semalam. Angka terkini itu adalah berdasarkan laporan yang diterima daripada ahli keluarga, rakan-rakan dan majikan setakat 11 malam, 27 Ogos.- BERNAMA

BERITA LAIN

RM545 juta perkukuh Internet di Sarawak

KUCHING: Sebanyak RM545 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan fasa pertama Jalinan Digital Negara (JENDELA) 2 di Sarawak, melibatkan hampir 350 lokasi di seluruh negeri. Menteri Komunikasi

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha