ARTIKEL

Beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik.

Aaron Chia-Soh Wooi Yik wakil tunggal Malaysia di BAC 2025

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Beregu lelaki negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik menjadi wakil tunggal negara yang berjaya mara ke separuh akhir Kejohanan Badminton Asia (BAC) 2025 di Ningbo, China selepas menumpaskan pasangan Indonesia Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto di pusingan suku akhir semalam.

Juara dunia 2022 itu tidak berdepan masalah apabila memperoleh kemenangan straight set 21-16, 21-11 dalam tempoh 30 minit.

Pilihan keenam kejohanan itu dijadual bertemu wakil tuan rumah Liang Wei Keng-Wang Chang bagi memburu slot ke perlawanan akhir Ahad ini.

Terdahulu Wei Keng-Wang Chang mara selepas menundukkan gandingan Indonesia Shohibul Fikri-Daniel Marthin 21-19, 21-19 dalam tempoh 42 minit.

Dalam pada itu hasrat pilihan pertama kejohanan dari Malaysia Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Mohd Rumsani untuk mara ke separuh akhir tidak kesampaian apabila tunduk kepada pasangan China Chen Bo Yang-Liu Yi.

Bagaimanapun Bo Yang-Liu Yi tidak diberi laluan mudah oleh beregu utama negara itu apabila dipaksa bermain tiga set sebelum memenangi aksi itu 21-16, 18-21, 22-20 yang berlangsung lebih satu jam.– BERNAMA

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Jalan Balingian-Sungai Anak perlu dinaik taraf

KUCHING: Penyelenggaraan, kerja naik taraf serta penyambungan pembinaan Jalan Persekutuan Balingian–Sungai Anak yang menghubungkan rangkaian Jalan Pan Borneo perlu diberikan perhatian serius, kata ADUN Balingian