ARTIKEL

Pemain Beregu Lelaki Malaysia, Aaron Chia (kanan) dan Soh Wooi Yik.

Aaron-Wooi Yik mara ke separuh akhir All England

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Beregu lelaki utama negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik melangkah ke separuh akhir Kejohanan Badminton All England 2026 selepas menewaskan rakan senegara Man Wei Chong-Tee Kai Wun dalam aksi suku akhir yang berlangsung di Birmingham, semalam.

Pasangan ranking kedua dunia itu mencatat kemenangan 21-16, 20-22, 21-14 dalam pertarungan selama 61 minit sekali gus menempah tiket ke kelompok empat terbaik kejohanan bertaraf Super 1000 itu.

Kemenangan itu juga merupakan yang kelima buat Aaron-Wooi Yik ke atas pasangan senegara tersebut daripada lapan pertemuan keseluruhan sebelum ini.

Di separuh akhir, Aaron-Wooi Yik dijadual menentang pasangan China, Chen Bo Yang-Liu Yi, yang mara selepas menewaskan pasangan Indonesia, Muhammad Rian Ardianto-Rahmat Hidayat, 21-16 dan 21-10 dalam satu lagi aksi suku akhir.

Pertemuan itu bakal menjadi yang keempat antara kedua-dua pasangan, dengan Aaron-Wooi Yik memiliki kelebihan rekod 3-1 ke atas gandingan dari China berkenaan.

Kemenangan dalam aksi separuh akhir nanti bakal membawa pasangan negara itu ke pentas final All England sekali gus membuka peluang menambah satu lagi pencapaian berprestij dalam karier mereka di pentas antarabangsa.— BERNAMA

BERITA LAIN

Satu Gol Ranap Impian KCFC

KUCHING: Hanya satu gol memisahkan Kuching City FC daripada memburu kemenangan pertama dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 apabila skuad The Cats terpaksa berputih

BERITA TERBARU