ARTIKEL

HADIR...Snowdan (depan, empat kanan) bersama-sama para tetamu Persidangan Antarabangsa Persatuan Pengurusan Sukan Asia (AASM) 2023

AASM 2023 kembangkan pengurusan industri sukan Sarawak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Sarawak menjadi negeri pertama sebagai tuan rumah yang membawa pihak pengurusan Piala Dunia FIFA 2022 Qatar untuk berkongsi pengalaman menjayakan acara berprestij dalam Persidangan Antarabangsa Persatuan Pengurusan Sukan Asia (AASM) 2023.

Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak Datuk Snowdan Lawan berkata, persidangan itu menjadi titik penting untuk sukan tempatan khususnya pihak berkaitan untuk meneroka potensi kerjasama pada masa akan datang.

“AASM 2023 telah mengemukakan penceramah terkemuka, luar dan tempatan daripada pelbagai disiplin dengan berkongsi mengenai isu-isu utama berkaitan industri sukan.

“Persidangan bukan sahaja tepat pada masanya, malah relevan memandangkan kerajaan dalam usaha membangunkan industri sukan tanah air,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis penangguhan AASM 2023 di Hotel Imperial, hari ini.

Beliau dalam ucapannya yakin AASM kali ini berjaya meningkatkan kerja-kerja jawatankuasa persatuan sukan ke arah yang lebih berkualiti pada masa depan.

Mengulas mengenai persidangan itu, Snowdan mengakui banyak isu pembangunan telah dibincangkan selain mendapat respons positif daripada pihak penonton.

“Acara ini menyerlahkan peluang dan faedah yang dimiliki industri sukan dan agenda kelestarian yang sudah dibawa ke banyak negara untuk pembangunan dan juga ekonomi,” tambahnya.

SERAH…Snowdan (kanan) menyerahkan cenderahati kepada ahli panel Persidangan Antarabangsa Persatuan Pengurusan Sukan Asia (AASM) 2023

BERITA LAIN

GP Malaysia 2026: Hakim Danish Raih Petak Ketiga

SEPANG: Pelumba Moto3 negara Muhammad Hakim Danish Ramli meletakkan dirinya dalam kedudukan terbaik untuk memburu podium Grand Prix (GP) Motosikal Malaysia 2026 selepas meraih petak

BERITA TERBARU

Dul Jaelani sertai ITOK FEST

TEKA-TEKI mengenal artis Indonesia yang bakal menyertai barisan penghibur ITOK FEST akhirnya terjawab apabila penyanyi dan pemuzik Abdul Qodir Jaelani, yang lebih dikenali sebagai Dul

Pencapaian penulis PUTERA

DALAM konteks perkembangan sastera di Sarawak, Hadiah Sastera Sarawak (HSS) memainkan peranan penting sebagai wadah pengiktirafan terhadap ketekunan, kreativiti dan sumbangan para penulis tempatan. Sebelum