Abang ipar cedera akibat perselisihan keluarga

SRI AMAN: Enggan dilarang daripada meminum arak, seorang pemuda bertindak memukul abang iparnya berusia 49 tahun di Kampung Kedaong Tanjung Bijat, petang tadi.

Pelaku yang berang selepas ditegur terus mengambil parang lalu bertindak menetak dan terkena bahagian kepala.

Mangsa disahkan mengalami luka di kepala oleh pasukan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Sri Aman.

Mereka diminta untuk menghantarnya ke Hospital Sri Aman bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Difahamkan juga laporan polis sudah dibuat oleh ahli keluarga.

Suara Sarawak