ARTIKEL

Abang Jo mentor saya, GPS rakan seperjuangan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Parti Sarawak Bersatu (PSB) akan terus bekerja keras membantu Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg demi rakyat negeri ini.

Presidennya, Datuk Seri Wong Soon Koh berkata, meskipun kedua-duanya kini berbeza fahaman politik namun hubungan sebagai rakan baik akan terus kekal.

“Ketua Menteri (Abang Johari) merupakan mentor saya dan PSB adalah rakan perjuangan mereka GPS.

“Kita akan tetap bekerjasama dengan Ketua Menteri dalam memberi pembangunan kepada rakyat,” katanya kepada media selepas mengadakan kunjungan hormat kepada Abang Johari di pejabatnya di Wisma Bapa Malaysia Khamis lalu.

Soon Koh yang merupakan Menteri Kewangan Kedua dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan E-Dagang mengumumkan peletakan jawatan yang tidak bertarikh pada Isnin lalu.

Pun begitu, tidak dapat dipastikan hasil pertemuan tersebut, biarpun umum mengetahui beliau menyerahkan surat peletakan jawatannya.

Menyifatkan pertemuannya dengan Ketua Menteri amat positif, Soon Koh yang juga Adun Bawang Assan enggan mendedahkan inti pati sebenar perbincangan mereka.

“Perbincangan kita amat baik tetapi saya tidak dapat mendedahkannya.

“Paling penting, hubungan kami sebagai rakan kekal,” ujarnya.

BERITA LAIN

Trump siarkan video lelaki maut akibat harimau

WASHINGTON: Presiden AS Donald Trump memuat naik rakaman yang mengemparkan di akaun Truth Social beliau pada Selasa, memaparkan seorang lelaki di Britain yang maut dibaham

Pemimpin utama parti lipas dipenjara

NEW DELHI: Dua pemimpin parti pimpinan golongan muda India, Cockroach Janta Party (CJP), telah dikenakan perintah reman selama lima hari pada Rabu, ketika polis memperhebat

BERITA TERBARU