ARTIKEL

Abang Johari: Bekas penempatan RASCOM akan dibangunkan semula

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KANOWIT: Kawasan bekas penempatan di bawah Kawasan Keselamatan Rajang (RASCOM) bagi menempatkan semula penduduk, sewaktu kemuncak ancaman pengganas Komunis dalam tahun 1970-an di sini, akan dibangunkan semula sebagai Kawasan Pembangunan Ngemah.

Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg semalam berkata penempatan-penempatan yang meliputi kawasan Nanga Tada, Nanga Ngungun, Nanga Jagau, Kabah dan Ngemah, bakal dilengkapkan dengan infrastruktur yang komprehensif, bagi meningkatkan sosio ekonomi penduduknya.

Beliau berkata sejumlah dana akan diperuntukkan di bawah Rancangan Malaysia ke-12 kepada Agensi Pembangunan Ulu Rejang (URDA), yang akan melaksanakan pelan pembangunan tersebut.

“Kita akan laksanakan pertanian komersil bagi meningkatkan tahap ekonomi rakyat di kawasan tersebut, dan sebelum itu kemudahan infrastruktur seperti jalan raya, bekalan elektrik dan air akan kita adakan,” kata beliau semasa merasmikan Jerayawara GPS Zon 11B di sini semalam.

Beliau bagaimanapun tidak menyatakan bila pembangunan itu akan mula dilaksanakan dan jumlah peruntukan yang akan diberikan kepada URDA, untuk melaksanakannya.

Menurutnya salah satu objektif pelan tersebut adalah untuk menghargai pengorbanan penduduk kampung-kampung berkenaan, yang terpaksa meninggalkan kawasan kampung asal mereka bagi ditempatkan semula, di dalam usaha menentang komunis di era konfrontasi pada tahun 1970-an.– BERNAMA

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha