ARTIKEL

Sekitar rakaman kenangan ketika Abang Johari menghadiri Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri (MBKM) Ke-149, di Bangunan Parlimen Malaysia, di sini, hari ini. Foto: Pejabat Premier Sarawak

Abang Johari Hadir Mesyuarat MBKM Ke-149 Di Parlimen

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menghadiri Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri (MBKM) Ke-149 yang berlangsung di Bangunan Parlimen Malaysia, di sini.

Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini juga menghimpunkan Menteri Besar dan Ketua Menteri dari seluruh negara bagi membincangkan pelbagai isu berkepentingan nasional.

Sarawakku menerusi hantaran di Facebook berkata, mesyuarat berkenaan turut membincangkan usaha untuk memperkukuh kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan negeri.

Platform berkenaan menjadi medan penting bagi menyelaras dasar pembangunan, meneliti isu-isu semasa serta membincangkan perkara yang memerlukan tindakan bersama demi memastikan kesejahteraan rakyat dan kemajuan negara terus diperkasa.

Kehadiran Premier pada mesyuarat itu juga mencerminkan komitmen berterusan Kerajaan Sarawak dalam memperjuangkan kepentingan negeri serta memperkukuh hubungan kerjasama strategik dengan Kerajaan Persekutuan bagi menjayakan agenda pembangunan yang inklusif dan mampan.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Empat maut padam kebakaran hutan Bromo

JAKARTA: Empat orang maut manakala dua lagi melecur teruk selepas terperangkap dalam asap tebal dan api yang merebak dengan pantas ketika berusaha memadamkan kebakaran hutan

Tubi Mbos khazanah kulinari Bidayuh

TUBI mbos merupakan warisan kulinari masyarakat Bidayuh Biatah di Kampung Pain Bojong yang lahir daripada kearifan tempatan sebagai bekalan makanan mesra alam untuk penduduk ke