ARTIKEL

Abang Johari ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Masjid Baharu Kemuyang, Bahagian Sibu, hari ini. | FOTO: TVS

Abang Johari hargai keputusan PAS tidak bertanding

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SIBU: Keputusan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) untuk tidak bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak Ke-13 diharap dapat mencerminkan semangat kestabilan politik yang perlu dipelihara semua pihak, kata Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Beliau yang juga Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS) berkata, pendirian PAS itu wajar dihargai demi mengekalkan suasana politik yang stabil di negeri ini.

“Dalam kita mengucapkan terima kasih kepada PAS yang tidak meletakkan calon, mudah-mudahan ia mencerminkan kestabilan yang patut diusahakan oleh semua pihak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Masjid Baharu Kemuyang, Bahagian Sibu, di sini, hari ini.

Semalam, Ketua Penerangan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah turut menyambut baik keputusan PAS itu kerana penyertaan parti berkenaan di kawasan majoriti Melayu berpotensi mewujudkan persaingan yang tidak perlu dalam kalangan umat Islam.

Beliau berkata, pihaknya menghargai perubahan pendirian PAS yang sebelum ini dilaporkan berhasrat meletakkan calon di tiga kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN).

“Alhamdulillah, ini adalah satu semangat setiakawan. Kita tahu apabila mereka hendak datang bertanding pun, mereka bukannya bertanding di kawasan bandar atau kawasan majoriti Cina, sebaliknya di kawasan majoriti orang Melayu.

“Kenapa hendak dipecahkan ummah? Kalau betul-betul sebuah parti itu berusaha untuk menyatukan umat Islam, maka tindakan seperti ini amat kita hargai,” katanya.

Pada 19 November, PAS menerusi Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Takiyuddin Hassan mengumumkan keputusan untuk tidak meletakkan calon pada PRN Sarawak Ke-13 selepas mengambil kira perkembangan politik semasa serta beberapa pertimbangan lain.

Keputusan itu menyaksikan PAS tidak meneruskan hasrat awal untuk bertanding di beberapa kerusi DUN yang dikenal pasti sebelum ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 28 November sebagai hari penamaan calon, 8 Disember bagi pengundian awal dan 12 Disember sebagai hari pengundian bagi 82 kerusi DUN.

BERITA LAIN

Kuching City tanpa Petrus di Paroi

KUCHING: Kuching City FC perlu mencari formula baharu di bahagian tengah apabila turun menentang Negeri Sembilan FC tanpa khidmat perancang utamanya, Petrus Shitembi dalam aksi

BERITA TERBARU