Trending

Abang Johari ketuai Konvoi Kembara Sarawak Merdeka

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

KUCHING: Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg bakal mengetuai Konvoi Kembara Sarawak Merdeka dan Pameran Digital sempena Sambutan Perayaan 60 Tahun Sarawak Merdeka.

Perjalanan sejauh 168.3 kilometer dari Miri ke Bintulu itu melibatkan 268 peserta yang menggunakan kenderaan pacuan empat roda (4WD), 81 motosikal dan 8 kenderaan bas, ‘motohome’, ambulans serta kenderaan kerajaan manakala bagi bahagian Bintulu, ia melibatkan 60 kenderaan yang terdiri daripada komuniti Bikers, persatuan 4WD serta agensi kerajaan dan swasta.

Rombongan konvoi Abang Johari akan dilepaskan oleh Timbalan Premier Sarawak, Datuk Seri Dr Sim Kui Hian di Stadium Tertutup Miri pada pagi Sabtu.

Konvoi tersebut akan singgah di Pantai Bungai, Subis sebagai lokasi pertama sebelum mereka meneruskan perjalanan ke Kampung Nyalau dan berakhir di NAIM Street Mall, Bintulu.

Dalam pada itu, Abang Johari juga akan merasmikan pelancaran Pameran Digital 60 Tahun di Miri dan Bintulu sempena Sambutan Perayaan 60 Tahun Sarawak Merdeka.

Turut akan berlangsung adalah penyerahan bendera Sarawak dan bendera 60 Tahun Sarawak Merdeka oleh Residen Bahagian Miri, Jamalie Busri kepada Residen Bahagian Bintulu, Nyural Keti.

Sementara itu, Abang Johari juga akan menyempurnakan Majlis Makan Malam bersama komuniti di Hotel Parkcity Everly pada malam Sabtu, dan menghadiri Majlis Pelancaran dan Flag-Off Konvoi Kembara Sarawak Merdeka di NAIM Street Mall, Bintulu, pada pagi Ahad.

Terdahulu, Sambutan Perayaan 60 Tahun Sarawak Merdeka turut menyaksikan penganjuran pelbagai acara seperti program Sarawak X-Tive, pameran kesihatan serta gerai-gerai jualan usahawan tempatan.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

22 September 2023

Berita Terbaru