ARTIKEL

Abang Johari bersama-sama delegasi ketika mengadakan kunjungan ke Pusat Persidangan Suzhou.

Abang Johari lawat Suzhou Industrial Park Exhibition Center

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SUZHOU: Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg meneruskan lawatan kerja rasmi ke Suzhou Industrial Park Exhibition Center, di sini, hari ini.

Suzhou Industrial Park (SIP) merupakan sebuah taman perindustrian bertaraf dunia yang terletak di Suzhou, Wilayah Jiangsu, China.

Ia dibangunkan melalui projek kerjasama strategik China-Singapura yang dimulakan pada 1994, menjadikannya antara model pembangunan taman industri paling berjaya di dunia.

SIP sering dijadikan rujukan antarabangsa kerana beberapa faktor utama, antaranya perancangan bandar dan tadbir urus yang teratur, ekosistem industri yang lengkap, tumpuan kepada teknologi tinggi, bakat dan pendidikan, integrasi bandar — industri yang seimbang serta tadbir urus hijau.

Model pembangunan tersebut kini banyak dijadikan rujukan oleh negara dan wilayah lain termasuk Sarawak untuk membangunkan hab industri moden seperti Hab Karbon Rendah Kuching (KLCH).

Dalam pada itu, Abang Johari bersama-sama delegasi turut berkunjung ke Pusat Persidangan Suzhou, dan mengadakan pertemuan dengan Datuk Bandar Kerajaan Perbandaran Suzhou Wu Qingwen.

Mengiringi beliau ialah Timbalan Menteri Utiliti (Sarawak Energy & PETROS) Datuk Ibrahim Baki, Pengerusi PETROS Tan Sri Datuk Amar Hamid Bugo, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, PETROS Dato Janin Girie, Naib Presiden Kanan untuk Pertumbuhan, PETROS Datuk Joseph Podtung, Naib Presiden Kanan untuk Modal Insan, Perhubungan Korporat dan Perkhidmatan, PETROS Ismail Said, Setiausaha Akhbar kepada Premier Sarawak Dato Ambrose Cheng Loi Hee, Setiausaha Sulit kepada Premier Sarawak Dato Ahmad Hazlan Ismawi dan Penasihat Perubahan Iklim, Tenaga dan Pembangunan Mampan, Jabatan Premier Sarawak Dr. Ir Ts Angelia Liew San Chuin.

Ketibaan Abang Johari dan delegasi turut disambut oleh Naib Presiden China Jiangsu International (CJI), Deng Yajun.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha