ARTIKEL

Tangkap layar... Abang Johari berucap pada Program Muktamar Pengurusan dan Pengimarahan Masjid Sarawak Sempena Ziarah Mahabbah Majlis Islam Sarawak 1448H/2026M Zon Utara di Hotel Pullman Miri.

Abang Johari lihat potensi biodiversiti Sarawak dalam bidang perubatan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MIRI: Kepelbagaian biodiversiti di Sarawak berpotensi menjadi asas kepada pembangunan sektor perubatan, khususnya dalam bidang perubatan integratif yang menggunakan zat dan sel daripada tumbuhan.

Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, penggunaan perubatan integratif boleh dimanfaatkan bagi rawatan kanser.

“Pagi tadi saya diberi taklimat oleh Universiti Fudan di sini (Miri) mengenai doktor yang mengubati kanser melalui perubatan integratif, yang menggunakan zat-zat dan sel daripada tumbuhan.

“Mereka turut memberitahu bahawa Sarawak mempunyai biodiversiti yang boleh menjadi asas dalam sektor perubatan ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Muktamar Pengurusan dan Pengimarahan Masjid Sarawak Sempena Ziarah Mahabbah Majlis Islam Sarawak 1448H/2026M Zon Utara di Hotel Pullman Miri, di sini, hari ini.

Sehubungan itu, Abang Johari menekankan perkembangan ilmu dalam kalangan masyarakat penting untuk terus menambah pengetahuan dalam pelbagai bidang.

Katanya, agama juga menuntut umatnya agar berilmu, sekali gus menyumbang kepada usaha memakmurkan masyarakat.

“Sebagai contoh, masyarakat yang memiliki ilmu ekonomi dapat membantu dari segi menguruskan ekonomi dengan baik.

“Maka, masyarakat digalakkan untuk menuntut ilmu, seterusnya dapat menjalankan tugas sebagai khalifah untuk memakmurkan manusia.

“Golongan muda juga perlu meluangkan masa membaca buku bagi menambah pengetahuan dan meningkatkan nilai diri dalam melaksanakan tanggungjawab masing-masing,” katanya.

BERITA LAIN

MIS rancang perkenal Diploma Kemahiran Pengurusan Masjid

MIRI: Majlis Islam Sarawak (MIS) merancang memperkenalkan Diploma Kemahiran Pengurusan Masjid pada tahun hadapan bagi meningkatkan profesionalisme dan kecekapan pengurusan masjid di seluruh negeri. Yang

BERITA TERBARU