ARTIKEL

Abang Johari bersama barisan ADUN Sarawak selepas sidang media khas pengumuman pembubaran DUN Sarawak di Kuching, hari ini. | Foto: Mohd Alif Noni

Abang Johari masih berteka-teki soal kerusi PRN-13

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, masih belum mendedahkan kerusi yang bakal ditandinginya pada Pilihan Raya Negeri Ke-13 (PRN-13).

Ketika ditanya kemungkinan kembali bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Satok, beliau berseloroh sambil merujuk kepada penyandang kerusi itu, Datuk Ibrahim Baki.

“Balik ke Satok? Mana ADUN Satok, Datuk Ibrahim Baki tadi?” katanya ketika ditemui pemberita selepas sidang media khas pengumuman pembubaran DUN Sarawak di sini, hari ini.

Beliau turut mengelak daripada memberikan jawapan muktamad apabila ditanya sama ada akan mempertahankan kerusi DUN Gedong pada PRN kali ini.

“Bagaimana pada fikiran anda?” jawabnya ringkas.

Abang Johari berpindah dari kerusi tradisinya di Satok ke Gedong pada PRN-12 selepas mewakili Satok sejak 1981 dan mempertahankan kerusi itu selama sembilan penggal.

Pada PRN-12, beliau memenangi Gedong dalam pertandingan empat penjuru dengan memperoleh 4,310 undi dan majoriti 3,607 undi.

Calon Parti Sarawak Bersatu (PSB), Mohamad Sofian Fariz Sharbini, memperoleh 703 undi, diikuti Tomson Ango daripada Parti Bumi Kenyalang (PBK) dengan 157 undi dan Kamal Bujang daripada Amanah dengan 94 undi.

Kerusi Satok pula ditandingi Ibrahim yang ketika itu merupakan muka baharu GPS. Beliau memenangi kerusi berkenaan dengan 6,991 undi dan majoriti 6,033 undi, menewaskan calon PKR yang memperoleh 958 undi serta calon PBK dengan 415 undi.

Sebelum ini, Abang Johari turut membayangkan PRN kali ini mungkin menjadi pilihan raya terakhirnya atas faktor usia dan keperluan menyediakan barisan kepimpinan pelapis. Bagaimanapun, beliau belum mengumumkan secara rasmi keputusan untuk berundur sebelum PRN-13.

BERITA LAIN

SUPP mahu calonkan wakil di DUN Engkilili

ENGKILILI: Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) wajar diberi peluang mencalonkan wakilnya bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.33 Engkilili pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan

GPS gabung calon berpengalaman, muka baharu

KUCHING: Gabungan Parti Sarawak (GPS) bakal menampilkan gabungan calon berpengalaman dan muka baharu pada Pilihan Raya Negeri Ke-13 (PRN-13), namun keputusan muktamad mengenai senarai calon

BERITA TERBARU

SUPP mahu calonkan wakil di DUN Engkilili

ENGKILILI: Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) wajar diberi peluang mencalonkan wakilnya bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.33 Engkilili pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan

Abdul Karim sedia berundur jika tidak dicalonkan

KUCHING: Selepas 25 tahun berkhidmat sebagai wakil rakyat, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Asajaya, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah bersedia melepaskan kerusinya sekiranya tidak