Abang Johari meriahkan majlis rumah terbuka Pengarah UKPN

KUCHING: Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg hari ini hadir bagi memeriahkan majlis rumah terbuka di kediaman Pengarah Unit Keselamatan dan Penguatkuasaan Negeri (UKPN) Datuk Dr Chai Khin Chung.

Rumah Terbuka sempena Tahun Baru Cina itu berlangsung di Tabuan Tranquility 2, di Jalan Canna Tabuan Jaya, di sini.

Turut mengiringi beliau adalah Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Tan Sri James Jemut Masing, Menteri Muda Undang-undang, Hubungan Persekutuan-Negeri dan Pemantauan Projek Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali serta Menteri Muda Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Datuk Julaihi Narawi.

Suara Sarawak