ARTIKEL

Abang Johari tinjau perkembangan tukun tiruan pesisir pantai Belawai

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

TANJUNG MANIS : Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg meluangkan masa meninjau perkembangan projek penanaman tukun tiruan di pesisir pantai Belawai, hari ini.

Beliau diiringi Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar, Datuk Len Talif Salleh bertolak dengan menggunakan kapal pengawal pantai dari jeti Tanjung Manis.

Dalam sesi lawatan berkenaan beliau berkesempatan mendengar taklimat perkembangan terkini projek selain melihat sendiri eko sistem tukun yang ditanam pada tahun 2018.

Terdahulu, Kerajaan Sarawak meluluskan RM30 juta untuk melaksanakan projek penanaman tukun tiruan di kawasan kuala Rajang.

Projek itu termasuk dalam fasa kedua selepas projek pertama bernilai RM70 juta yang dilaksanakan sebelum ini.

Len Talif berkata, projek itu bakal memberi manfaat besar kepada komuniti setempat dalam tempoh jangka panjang.

“Abang Johari sudah meluluskan RM30 juta untuk kita meneruskan kerja menanam tukun tiruan ini bagi tujuan komersial, aktiviti joran dan sebagainya.

“Ia juga merupakan sebahagian program penanaman tukun tiruan bernilai RM70 juta yang dijalankan sebelum ini dan kini, kita masuk fasa kedua. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Sarawak Forestry Corporation (SFC),” katanya.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU