ARTIKEL

Abang Rahmat Yusuf

Abang Rahmat Yusuf dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Dana Kekayaan Berdaulat Sarawak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Bekas Ketua Perbankan Pelaburan (Malaysia), Abang Rahmat Yusuf, telah dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Dana Kekayaan Berdaulat Sarawak.

Pelantikan yang berkuatkuasa 24 Januari lepas itu diumumkan selepas mesyuarat kedua Lembaga Penjaga Berdaulat itu di sini, hari ini.

Rahmat Yusuf, 48, mengetuai Perbankan Pelaburan (Malaysia) di CLSA Securities Malaysia Sdn Bhd 2019 hingga 2024, dengan latihan penjanaan dana termasuk tawaran awam permulaan (IPO) dan penempatan bagi pelanggan institusi dan korporat.

Sebelum itu, beliau pernah menjadi Pengarah di Pelaburan Khazanah Nasional dengan menubuhkan dan mengetuai Pejabat Wilayah Khazanah Turki di Istanbul yang meliputi Turki, MENA dan Sub-Sahara Afrika dari 2004 hingga 2019.

Beliau juga merupakan Pengarah Penyelia bagi Kumpulan Institusi Kewangan (FIG) yang kemudiannya mewakili 20 peratus daripada portolio Khazanah.

Abang Rahmat Yusuf berkelulusan Sarjana dalam Pentadbiran Awam dari Universiti Harvard.

BERITA LAIN

RM1.272 bilion perkukuh bekalan air di Sarawak

KUCHING: Enam projek bekalan air di Sarawak bernilai keseluruhan RM1.272 bilion akan diteruskan menerusi Pelan Pelaksanaan Berkala Pertama Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi meningkatkan akses

BERITA TERBARU

RM1.272 bilion perkukuh bekalan air di Sarawak

KUCHING: Enam projek bekalan air di Sarawak bernilai keseluruhan RM1.272 bilion akan diteruskan menerusi Pelan Pelaksanaan Berkala Pertama Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi meningkatkan akses

Polis tahan empat suspek kes khianat simbah cat

MIRI: Gara-gara tuntutan hutang pinjaman wang dalam talian yang dipercayai dibuat oleh anak lelakinya, seorang bapa berusia 54 tahun menerima ugutan sebelum kediamannya di sebuah