ARTIKEL

Abdul Aziz dilantik semula Pengerusi Sarawak Skills

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Tan Sri Datuk Amar (Dr) Abdul Aziz Datuk Husain dilantik semula sebagai Pengerusi Majlis Pengurusan Sarawak Skills bagi penggal 2023 sehingga 2026.

Dalam kenyataan hari ini, beliau menzahirkan penghargaan atas keyakinan serta kepercayaan yang diberikan untuk mengemudi Sarawak Skills dalam melakar jalan ke hadapan untuk penggal baharu.

“Amat penting semua pihak terutamanya kerajaan dan industri agar bekerjasama untuk memajukan objektif murni pembangunan bakat di negeri ini,” katanya selepas sesi pemilihan di salah sebuah hotel terkemuka, Isnin.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan Sarawak Skills hari ini turut memaklumkan tentang senarai penuh ahli.

Selain Abdul Aziz yang mewakili Sarakoppes Sdn. Bhd., Petronas Sarawak yang diwakili Zulaihi Mohd Mantali dipilih sebagai Naib Pengerusi I, kemudian Lee Kim Kong (Sarawak Energy Berhad) sebagai Naib Pengerusi II dan Juiata Abdullah @ Juiata Akaw (Hornbill Skyways Sdn. Bhd.) sebagai Naib Pengerusi III.

Sementara Penasihat Undang-undang Sarawak Skills Datuk Maznah Dasmi dipilih sebagai Setiausaha Majlis Pengurusan Sarawak Skills bagi penggal 2023 sehingga 2026, selain Hilmy Othman (Hizone Sdn. Bhd.) selaku bendahari.

Ahli Majlis Pengurusan yang lain ialah One Medicare Sdn. Bhd., Persatuan Syarikat Elektronik dan Industri Sokongan Sarawak (SECA), KKB Engineering Sdn. Bhd., Senari Synergy Sdn. Bhd., Naim Holdings Berhad, Asteel Group Berhad, Sarawak Information Systems Sdn. Bhd. (SAINS), Sarawak Metro Sdn. Bhd. dan Perbadanan Kemajuan Industri Kayu Sarawak (PUSAKA)

Bagi ahli majlis pengurusan yang dilantik pula terdiri daripada ialah Kementerian Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak (MEITD), Kementerian Sumber Manusia (MOHR), Kementerian Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan Sarawak (MINTRED), Yayasan Sarawak, Unit Perancangan Ekonomi, Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) dan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).

Dan menjadi acara penting semasa Mesyuarat Agung Tahunan tersebut adalah pertukaran Perjanjian Kerjasama, Sijil Kerjasama dan Memorandum Persefahaman (MoU) antara Sarawak Skills dan rakan strategiknya.

Secara keseluruhan, Sarawak Skills memeterai hubungan strategiknya dengan 12 rakan strategik, antaranya Perjanjian Kerjasama yang melibatkan dua rakan strategik iaitu UAS Utility Mapping Sdn. Bhd. dan CODASC Sdn. Bhd.

Sementara Sijil Kerjasama pula membabitkan Konsortium NCMU dan MoU dengan sembilan rakan kongsi strategik.

Mereka ialah Excelscape Consulting Private Limited, MKRS Bumi (M) Sdn. Bhd., MIT Academy Sdn. Bhd., MSOSH Academy Sdn. Bhd., Shenviro Hall Sdn. Bhd., Biomedix Solutions Sdn. Bhd., Rakan Impian Agro Sdn. Bhd., Shorefield Communications Sdn. Bhd. dan Malaysian Joint Industry Collaboration (MJIC) Platform.

Pengarah Eksekutif Sarawak Skills Hallman Sabri ketika mengulas mengenai kerjasama tersebut menekankan, inisiatif strategik membuka jalan kepada Sarawak Skills dan rakan strategik untuk mensinergikan kepakaran dan sumber yang besar dalam pelbagai bidang.

Tambahnya, ia meliputi spektrum luas pembangunan bakat, inisiatif penyelidikan bersama, perkhidmatan perundingan dan menyediakan penyelesaian tersuai industri 4.0 kepada industri di seluruh dunia dan Sarawak.

Beliau yang juga Pengerusi Persekutuan Pusat Pembangunan Kemahiran Malaysia (FMSDC) berkata, usaha ini selaras Pelan Strategi Pembangunan Pasca-COVID-19 Kerajaan Sarawak 2030.

“Ia juga merupakan contoh cemerlang pihak berkepentingan yang bekerja sebagai satu entiti untuk memajukan usaha Sarawak menjadi sebuah negeri maju menjelang 2030.

“Ya, inisiatif bersama akan memastikan Sarawak Skills pergi jauh ke arah memudahkan usaha murni pembangunan bakat dan mengubah landskap sosioekonomi Sarawak dan Malaysia secara keseluruhan dengan bertenaga,” ujarnya.

Turut diraikan pembabitan ahli baharu iaitu Sarawak Metro Sdn. Bhd. dan Abdul Aziz telah menyampaikan Sijil Keahlian kepada Ketua Pegawai Eksekutifnya Ts Mazli Mustaffa, sekali gus menjadikan bilangan ahli Sarawak Skills kepada 75.

Turut menerima Sijil Penghargaan Perkhidmatan Cemerlang adalah bekas Ahli Majlis Pengurusan Sarawak Skills sejak 2021 dan telah bersara baru-baru ini, Shanton Mowe.

Shanton dan Sarawak Energy Berhad diakui telah memberikan sumbangan besar kepada pembangunan ekosistem pengajaran dan pembelajaran Sarawak Skills, terutamanya dalam bidang menyokong pendekatan pelbagai serampang terhadap pembangunan bakat.

Dalam tempoh tersebut, Shanton pernah berkhidmat dengan cemerlang dalam pelbagai jawatan seperti Naib Pengerusi III dan Pengerusi Jawatankuasa Penubuhan Sarawak Skills.

BERITA LAIN

Projek pembangunan giat dijalankan di sekitar Debak

SARIBAS: Beberapa pembangunan di kawasan sekitar Daerah Kecil Debak telah dipergiat bagi memastikan kawasan tersebut terus menikmati kemajuan. Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti

BERITA TERBARU

Penyulut SPM meri pengaga ngagai semua

KUCHING: Bulih pemutus peresa nyulut ba Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 ukai penyulut siku orang aja tang nya penyulut semua raban. Nembiak Sekula Sekondari (SMK)