ARTIKEL

Abdul Karim: Slip hanya untuk menyeru warga Asajaya keluar mengundi

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MUKAH: Slip yang diedarkan kepada setiap isi rumah di DUN Asajaya hanya untuk menggalakkan orang ramai keluar mengundi pada Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN-12), esok hari.

Calon GPS Asajaya Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, beliau hairan kerana Parti Keadilan Rakyat (PKR) menganggap inisiatif tersebut sebagai satu kesalahan.

“Apa yang saya lakukan adalah menggalakkan rakyat untuk turun mengundi. Saya tidak mengatakan mereka mendapat imbuhan dan sebagainya. Saya juga terkejut apabila melihat ada laporan polis dibuat berhubung perkara ini.

“Bagaimanapun, bagi saya perkara ini jelas dan tidak ada niat untuk melakukan apa-apa kesalahan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Perjumpaan dengan Ketua-Ketua Masyarakat dan Ketua-Ketua Kaum di Tellian/Balingian yang disempurnakan oleh Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di Kingwood Resort, di sini, hari ini.

Terdahulu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan bahawa calon PKR Asajaya Mahmud Epah dan peguamnya Dominique Ng telah memberi laporan berhubung satu video berdurasi 1 minit 12 saat berkenaan dengan kempen yang dibuat Abdul Karim yang mengedarkan slip kepada setiap isi rumah di Dun Asajaya.

Selain itu, ia juga dikatakan untuk menarik orang ramai turun mengundi dan mereka layak untuk membuat cabutan bertuah berupa hadiah yang menarik selepas pilihan raya berlangsung.

Sehubungan itu, Abdul Karim menegaskan apa yang dilakukan oleh jawatankuasa penganjur hanya untuk menggalakkan orang ramai turun mengundi sahaja.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha