ARTIKEL

Abg Jo pertimbang bertanding di Dun Gedong

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

GEDONG: Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg membayangkan mungkin bertanding di kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Gedong pada Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN-12) nanti.

Ia apabila Ketua Menteri merangkap Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS) itu menyatakan akan mempertimbangkan mengenai keputusan itu.

“Nak tolak atau terima, susah saya nak katakan sekarang tapi saya akan pertimbangkan dan membuat keputusan,” katanya ketika berucap sempena Majlis Pecah Tanah Jalan Lubok Teranggas ke Gedong di sini, hari ini.

Abang Johari yang juga penyandang Dun Satok berkata perlu menjelaskan kepada rakyat di Dun Satok mengenai keputusannya jika berpindah kerusi ke Dun Gedong.

Malah, beliau berkata akan membuat sembahyang hajat bagi meminta petunjuk Allah mengenai keputusan itu.

“Kalau dipertemukan, bertemulah kita,” katanya.

Terdahulu, penyandang kerusi Dun Gedong Datuk Mohd Naroden Majais dalam ucapan berkata bersedia memberi peluang kepada Abang Johari untuk mengambil alih kerusi yang dimenanginya pada PRN-11 lalu.

Katanya ia bagi meneruskan kesinambungan dan memperkasakan lagi pembangunan di Dun Gedong.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU