ARTIKEL

Abg Johari: Guna Darurat untuk terus berkuasa, khianat sumpah setia Perlembagaan S’wak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) merasakan adalah satu pengkhianatan kepada sumpah setia sekiranya terus berkuasa di bawah tabir darurat sedangkan mandat daripada rakyat untuk mentadbir negeri ini telah tamat.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, oleh itu pihaknya telah berunding dan menasihati Yang di-Pertua Negeri untuk memohon perkenan Yang di-Pertuan Agong menamatkan Proklamasi Darurat lebih awal berdasarkan Seksyen 2 Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) (Sarawak) 2021.

“Apabila saya dan barisan Kabinet Negeri dilantik, kami telah mengangkat sumpah untuk memelihara dan melindungi Perlembagaan Sarawak dan Perlembagaan Persekutuan.

“Atas semangat dan niat ini serta berpegang teguh kepada sumpah untuk menjaga hak rakyat memilih kerajaan sendiri, maka permohonan penamatan Proklamasi Darurat telah dikemukakan.

“Ini bagi menjamin hak rakyat Sarawak untuk memilih kerajaan mereka secara demokrasi selaras dengan amalan demokrasi berparlimen terpelihara,” katanya pada sidang media khas di Wisma Bapa Malaysia, di sini, hari ini.

Tegas Abang Johari, sekiranya Proklamasi Darurat tidak diisytihar, Dun Sarawak sudah dibubarkan pada 7 Jun lalu dan kerajaannya tidak mempunyai mandat rakyat yang diberikan pada tahun 2016 untuk mentadbir negeri ini.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU