ARTIKEL

Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Datuk Sebastian Ting Chiew Yew (tengah) menerima jemputan sempena AEROBIGDay 2023 daripada wakil Life Event Borneo.

Acara amal aerobik anjuran Life Event Boneo pada 10 Disember

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MIRI: Sebuah acara amal senaman aerobik yang bertemakan AEROBIGDay 2023 anjuran Life Event Borneo akan diadakan di Stadium Terbuka Miri pada 10 Disember depan bagi membantu golongan yang memerlukan.

Pegawai Life Event Borneo Cawangan Miri Bonita berkata, keseluruhan untung bersih yang diperoleh dari acara tersebut akan disalurkan kepada dua pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tempatan.

Jelasnya, dua NGO tersebut ialah Persatuan Kebajikan Bantuan Komuniti Terpinggir Sarawak, dan Persatuan Kebudayaan dan Kesenian Harmoni Miri, bertujuan bagi membantu menampung kos operasi NGO tersebut.

“Kebudayaan orang asli Sarawak seperti Orang Penan dari segi Bahasa, nilai estetik dan pengetahuan tradisional adalah sesuatu yang sangat bernilai.

“Maka, penting untuk membantu etnik Penan mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif supaya kemampanan ilmu pengetahuan dan kebudayaan tradisional etnik dapat dipertahankan.

“Besar harapan agar acara amal ini dapat menjadi satu titik permulaan dalam usaha mempertingkatkan kesedaran orang ramai terhadap kewujudan masyarakat terpinggir seperti Penan dalam komuniti ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Sementara katanya, acara ini dibahagikan kepada empat pakej untuk pendaftaran iaitu kategori A, lengkap dengan baju (dry fit tee), momento dan bib yang berharga RM40 untuk harga promosi, dan RM50 untuk harga biasa.

Manakala, kategori B merangkumi baju dan bib berharga RM25 harga promosi dan RM35 untuk harga biasa, diikuti kategori C untuk momento dan bib yang berharga RM15 (promosi) dan RM25 (biasa), kemudian yang terakhir kategori D untuk bib sahaja iaitu RM10 untuk harga promosi dan RM15 untuk harga biasa.

BERITA LAIN

RM545 juta perkukuh Internet di Sarawak

KUCHING: Sebanyak RM545 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan fasa pertama Jalinan Digital Negara (JENDELA) 2 di Sarawak, melibatkan hampir 350 lokasi di seluruh negeri. Menteri Komunikasi

BERITA TERBARU

Projek SADV manggai 89 peratus tembu

KUCHING: Projek Kampung Digital Sungai Asap (SADV) ti ngaul pengawa ngelekat tali gentian optik sepemanjai 140 kilometer di Sungai Asap enggau Apau Koyan diatu udah

RM545 juta perkukuh Internet di Sarawak

KUCHING: Sebanyak RM545 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan fasa pertama Jalinan Digital Negara (JENDELA) 2 di Sarawak, melibatkan hampir 350 lokasi di seluruh negeri. Menteri Komunikasi