ARTIKEL

MONG ketika hadir menyampaikan peruntukan kepada JKKK Rumah Maureen, Kampung Kara Atas bagi tujuan pembangunan komuniti setempat.
FOTO: UKAS

ADUN Bukit Begunan Seru Golongan Muda Manfaatkan Potensi Tanaman Kelapa Sawit

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SERIAN: Rakyat disaran manfaatkan potensi tanaman kelapa sawit bagi menjana pendapatan lebih tinggi, khususnya golongan muda yang berminat menceburi bidang pertanian.

ADUN Bukit Begunan, Datuk Mong Dagang berkata, tanaman kelapa sawit mempunyai nilai pasaran yang baik dan berpotensi besar sebagai sumber pendapatan baharu isi rumah.

“Kerajaan Sarawak sentiasa menyokong usaha rakyat dalam bidang pertanian.

“Saya berharap lebih ramai anak muda mengambil peluang ini,” katanya ketika berucap pada Program Bersama Komuniti Pejabat Daerah Pantu, di sini, semalam.

Tambahnya, Jabatan Pertanian perlu meneliti serta mempertimbangkan permohonan baharu daripada penduduk, khususnya belia yang serius menceburi sektor berkenaan.

Menyentuh isu tanah, beliau menegaskan pertikaian antara saudara-mara menjadi punca utama kes berhubung tanah di bawah Seksyen 6 dan Seksyen 18.

“Ketua masyarakat perlu jelas tentang persempadanan tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) supaya tidak timbul salah faham atau pertelingkahan pada masa akan datang,” ujarnya.

Pada majlis sama, Mong mengumumkan peruntukan sebanyak RM7,000 kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Rumah Maureen, Kampung Kara Atas, bagi tujuan pembangunan komuniti setempat.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Patrick Stewart Meninggal Dunia

Dunia seni lakonan antarabangsa kehilangan seorang legenda apabila pelakon tersohor Britain, Sir Patrick Stewart, meninggal dunia pada usia 86 tahun di kediamannya di Los Angeles,

Tiga lelaki ditan

MUKAH: Tiga lelaki peranak menua beumur entara 24 nyentuk 26 taun ditan pengudah ditemu positif dadah bansa methamphetamine ba Operasyen Begulai Nagang Penyah t i