BINTULU: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Jepak, Iskandar Turkee meluangkan masa menghadiri Majlis Santai Bersama Pegawai dan Warga Kerja Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Cawangan Bintulu di Restoran Ketumbar, di sini, hari ini.
Dalam suasana penuh keakraban, majlis ini menjadi wadah penting bagi merapatkan hubungan serta membuka ruang perbincangan berkaitan isu percukaian dan peranan LHDN dalam pembangunan ekonomi negara.
Iskandar turut merakamkan penghargaan kepada semua pegawai LHDN atas komitmen mereka dalam memastikan kelangsungan sistem percukaian negara.
“Saya yakin melalui kerjasama erat ini, kita mampu memperkukuh sistem percukaian yang adil dan mesra rakyat,” ujar beliau.



