ARTIKEL

Adun Mambong, Datuk Dr Jerip Susil buat persiapan awal untuk PRN 12

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Penyandang kerusi Dun Mambong, Datuk Dr Jerip Susil telah membuat persiapan awal untuk Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN 12) di kawasannya.
Jerip berkata, beliau telah lama membuat persiapan untuk PRN 12 berikutan arahan daripada Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg selaku Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS) untuk membuat persiapan awal.
“Kami sudah bersiap sedia sejak awal lagi dan mengikut ‘signal’ daripada Ketua Menteri meminta semua anggota komponen GPS untuk turun padang.
“Dari segi hubungan dengan pemimpin masyarakat dan akar umbi, kami telah lama turun padang,” katanya kepada pemberita semasa meninjau kerja baik pulih ruma Nona Budis di Kampung Garung, di sini hari ini.
Berikutan pandemik kata Jerip, pihaknya juga telah mengubah kaedah apabila berjumpa dengan pengundi.
“Kami semua bersedia. Kini, kami hanya menukar kaedah untuk persiapan bagi PRN yang mematuhi kepada prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ketika ini,” jelas Jerip.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Empat maut padam kebakaran hutan Bromo

JAKARTA: Empat orang maut manakala dua lagi melecur teruk selepas terperangkap dalam asap tebal dan api yang merebak dengan pantas ketika berusaha memadamkan kebakaran hutan

Tubi Mbos khazanah kulinari Bidayuh

TUBI mbos merupakan warisan kulinari masyarakat Bidayuh Biatah di Kampung Pain Bojong yang lahir daripada kearifan tempatan sebagai bekalan makanan mesra alam untuk penduduk ke