ARTIKEL

Datuk Ding Kuong Hiing mengagihkan kalendar dan limau mandarin di Pasar Tamu Bintangor.

ADUN Meradong Turun Padang Santuni Penduduk

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTANGOR: ADUN Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing mengagihkan kalendar tahun baharu kepada penduduk Meradong dalam siri turun padang menyantuni rakyat di kawasan tersebut, hari ini.

Aktiviti berkenaan merupakan rutin tahunan wakil rakyat itu sebagai tanda penghargaan kepada penduduk Meradong yang sentiasa memberi sokongan dalam agenda pembangunan kerajaan.

Menurutnya, program seumpama ini tidak hanya tertumpu di kawasan bandar, malah turut melibatkan kampung-kampung dan rumah panjang di seluruh kawasan DUN Meradong.

Katanya, pemberian kalendar tersebut merupakan simbol kenangan dan tanda terima kasih beliau kepada rakyat di daerah itu.

“Ini juga merupakan salah satu pendekatan saya untuk merapatkan hubungan dengan rakyat sambil menyelami serta memahami permasalahan yang mereka hadapi,” katanya.

Dalam program yang sama, beliau turut mengambil kesempatan bertanya khabar para penjaja dan orang awam bagi mendengar sendiri luahan serta pandangan mereka.

Tambahnya, setiap isu yang dibangkitkan direkodkan secara terperinci, khususnya berkaitan kebajikan rakyat, infrastruktur awam serta keperluan kemudahan asas di kawasan masing-masing.

“Saya menyeru semua ahli SUPP agar terus bersatu hati dan komited dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat,” katanya.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

16 rumah musnah dalam kebakaran di Tawau

TAWAU: Kira-kira 16 rumah kayu musnah dalam kebakaran di Lorong Fook Hwa, Batu 2, Jalan Apas, malam semalam. Ketua Zon Tawau Jabatan Bomba dan Penyelamat