ARTIKEL

Gerawat merakam kenangan bersama tetamu kehormat dan penerima dalam majlis penyerahan MRP di Pusat Khidmat Mulu, di sini, hari ini. | GAMBAR: UKAS

ADUN Mulu yakin dana jadi pemangkin pembangunan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MARUDI: Geran Projek Kecil Luar Bandar (MRP) berjumlah RM147,000 telah disalurkan kepada 18 penerima, mencerminkan sokongan berterusan Kerajaan Sarawak terhadap komuniti luar bandar serta memperkukuh pembangunan rumah panjang.

Timbalan Menteri di Jabatan Premier (Buruh, Imigresen dan Pemantauan Projek), Datuk Gerawat Gala, berkata peruntukan tersebut membiayai projek infrastruktur dan inisiatif tahunan kampung di bawah kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) N.78 Mulu.

“Geran tersebut diserahkan kepada 18 penerima yang terdiri daripada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), persatuan serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

“Justeru, saya menggesa para penerima menguruskan dana ini dengan penuh tanggungjawab dan memastikan setiap ringgit dibelanjakan dengan telus.

“Pengurusan dana yang telus dan berkesan amat penting agar pembangunan di peringkat akar umbi mencapai matlamat yang disasarkan,” katanya.

Beliau, yang juga ADUN Mulu, berkata demikian ketika berucap dalam majlis penyerahan MRP di Pusat Khidmat Mulu, di sini, hari ini.

Beliau yakin sumbangan tersebut akan terus menjadi pemangkin kepada projek pembangunan yang bermakna untuk rakyat Mulu.

Sementara itu, para penerima melahirkan penghargaan kepada Kerajaan Sarawak dan Gerawat atas bantuan yang membolehkan kemudahan rumah panjang dinaik taraf, sekali gus meningkatkan keselesaan serta kualiti hidup penduduk.

Sehingga kini, sejumlah RM3 juta geran MRP telah disalurkan kepada penerima di seluruh kawasan DUN Mulu.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha