ARTIKEL

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan Datuk Seri Jalaluddin Alias ketika ditemui selepas menghadiri mesyuarat UMNO di Bangunan Dato' Onn semalam. | Bernama

ADUN Negeri Sembilan digesa fokus tugas, kukuhkan parti

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Pertemuan khas bersama 25 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Negeri Sembilan tidak menyentuh soal sesi menghadap Menteri Besar Datuk Ismail Lasim dengan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan Datuk Seri Jalaluddin Alias menjelaskan pertemuan tersebut lebih memberi tumpuan kepada usaha memastikan wakil rakyat blok kerajaan kekal komited menjalankan tanggungjawab di kawasan masing-masing, di samping memperkukuh parti.

Menurutnya, Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi turut menasihati para ADUN agar tidak terjejas dengan perkembangan politik semasa dan sebaliknya terus mengutamakan kebajikan rakyat berikutan situasi politik di negeri berkenaan.

Beliau menyatakan mesej utama yang disampaikan adalah agar kesemua 25 ADUN itu terus menumpukan perhatian kepada kawasan masing-masing, memperkasa parti dan melaksanakan tugas sebagai wakil rakyat dengan baik.

Jalaluddin turut memaklumkan bahawa pertemuan itu turut dihadiri Setiausaha Agung UMNO Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dan Setiausaha Agung BN Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir seperti dilapor Bernama.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU