ARTIKEL

ADUN Opar Cadang Bina Hospital Baharu di Lundu

ADUN Opar Cadang Bina Hospital Baharu di Lundu

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Hospital Daerah Lundu sedia ada yang berusia lebih 60 tahun tidak lagi mampu memenuhi keperluan semasa rakyat menandakan keperluan mendesak untuk dibina baharu, kata ADUN Opar Billy Sujang.

Menurutnya, kemudahan terhad, ruang rawatan sempit dan kapasiti yang semakin tidak mencukupi menuntut tindakan segera.

“Pembinaan hospital baharu ini bukan sahaja mampu mengurangkan kesesakan pesakit dan mempercepat rawatan kecemasan.

“Tetapi, juga dapat menarik lebih ramai tenaga pakar untuk berkhidmat di sini serta meningkatkan keyakinan rakyat dengan sistem kesihatan kerajaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan Usul Penghargaan Atas Ucapan Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar pada Persidangan DUN Sarawak ke-19 di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau menegaskan bahawa usaha ini dapat mengelakkan daripada wujud jurang pembangunan kesihatan antara bandar dengan luar bandar.

Tambahnya, kesihatan rakyat bukan sekadar isu kebajikan, tetapi asas kepada pembangunan negeri yang mapan.

Sehubungan itu, beliau juga menekankan kemudahan sistem pengangkutan bas awam di Lundu dan Sematan sebagai keperluan asas rakyat yang tidak boleh dipandang ringan.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU