ARTIKEL

Ibrahim Baki menyerahkan sumbangan kepada penerima.

ADUN Satok agih Bakul Ramadan kepada golongan memerlukan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Seramai 80 penerima daripada 16 ranting sekitar Satok menerima sumbangan Bakul Ramadan sebagai usaha membantu golongan memerlukan menghadapi Ramadan tanpa kekurangan keperluan asas.

Timbalan Menteri Utiliti (Sarawak Energy dan PETROS) Datuk Ibrahim Baki berkata, program itu mencerminkan komitmen berterusan dalam menjaga kebajikan warga Satok, khususnya golongan B40 dan asnaf.

“Ia merupakan tahun kelima penganjuran program hasil kolaborasi mantap antara Pusat Khidmat N.8 Satok, Kelab Sukan Komuniti (KSK) Satok dengan Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak (LAKMNS).

“Setiap penerima turut menerima duit raya yang sedikit sebanyak membantu perbelanjaan persiapan menyambut Syawal yang bakal tiba.

“Mereka turut menerima barangan keperluan dapur seperti beras, minyak dan gula bagi persediaan berbuka puasa serta sahur,” katanya.

Beliau yang juga ADUN Satok berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Program Sumbangan Bakul Ramadan di Kompleks Sukan Satok, di sini, hari ini.

Kesemua 16 ranting terlibat diwakili lima penerima setiap satu termasuk Bandarsah, Bintangor, Kpg No. 3, Kpg No. 4, Kpg. 5, Kpg. No.6, Kpg Segedup, Kpg Sg. Maong, Kudei Baru, Kudei Dungun dan Kudei Lama.

Selain itu, ranting lain yang terlibat adalah Masjid, Muda Hashim A, Muda Hashim dan Muhibbah.

Untuk rekod, program tersebut sebelum ini dikenali sebagai Program Singgah Sahur sebelum dijenamakan semula sebagai Program Sumbangan Bakul Ramadan bagi memberi fokus yang lebih jelas terhadap bantuan keperluan asas kepada golongan memerlukan.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Empat maut padam kebakaran hutan Bromo

JAKARTA: Empat orang maut manakala dua lagi melecur teruk selepas terperangkap dalam asap tebal dan api yang merebak dengan pantas ketika berusaha memadamkan kebakaran hutan

Tubi Mbos khazanah kulinari Bidayuh

TUBI mbos merupakan warisan kulinari masyarakat Bidayuh Biatah di Kampung Pain Bojong yang lahir daripada kearifan tempatan sebagai bekalan makanan mesra alam untuk penduduk ke