Adun Serembu selar pihak tertentu memperguna kanak-kanak sekolah demi kepentingan politik

KUCHING: Miro Simuh menempelak tindakan Parti Sarawak Bersatu (PSB) apabila menyumbang beg sekolah yang tertera logo parti itu kepada pelajar.

Katanya tindakan itu sangat tidak wajar dengan mempergunakan kanak-kanak dan pelajar sekolah untuk kepentingan politik.

“Mereka mengagihkan (beg sekolah) ke sebuah kampung dengan logo parti, kita tidak boleh mengheret anak dan sekolah ke dalam politik,” katanya yang dihubungi, hari ini.

Menurut Miro, beliau telah memberi bantuan kepada sekolah-sekolah di dalam konstituensinya selama ini dan semuanya bukan untuk kepentingan politik atau perhatian, tetapi sebagai tanggungjawab menjadi wakil rakyat.

“Semua sekolah di kawasan saya juga telah menerima 20 kotak pelitup muka, pembersih tangan dan geran projek kecil luar bandar (MRP) antara RM7,000 hingga RM20,000 bagi setiap sekolah,” katanya.

Sabtu lalu, PSB Serembu menerusi laman Facebook telah berkongsi program sumbangan mereka dengan menyerahkan lebih 40 beg sekolah dan botol air di Kampung Pedaun Bawah, Krokong.

Beg sekolah dengan logo Parti yang diedarkan kepada kanak-kanak

 

lagi… beg sekolah dengan logo parti tertentu

Suara Sarawak