ARTIKEL

Abang Johari menyaksikan pemeteraian kerjasama strategik antara Kuching City FC dengan Affin Bank di Kuching, hari ini.

Affin anggap kerjasama KCFC pelaburan jangka panjang

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kerjasama antara Kumpulan Affin dengan Kuching City FC bukan sekadar penajaan, sebaliknya merupakan pelaburan jangka panjang dalam pembangunan sukan, komuniti dan ekonomi.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Affin, Datuk Wan Razly Abdullah, berkata kerjasama itu berpotensi memperkukuh pembangunan sukan, merancakkan ekonomi serta mengangkat nama Sarawak ke pentas ASEAN dan Asia menerusi bola sepak.

Menurutnya, sukan mempunyai keupayaan menyatukan masyarakat, membentuk bakat muda serta membuka peluang ekonomi lebih luas kepada sesebuah kawasan.

Beliau berkata demikian pada Majlis Menandatangani Kerjasama Strategik antara Kuching City FC dengan Affin Bank yang disaksikan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, di sini, hari ini.

Kejayaan dalam bidang sukan turut memberi limpahan manfaat kepada sektor pelancongan, perniagaan tempatan dan aktiviti ekonomi setempat.

Affin akan memanfaatkan kerjasama itu untuk mendekati pelanggan dan komuniti di Sarawak menerusi pelbagai program, pengalaman pelanggan serta inisiatif yang berkait rapat dengan penyokong Kuching City FC.

Sebagai rakan perbankan rasmi Kuching City FC, Affin mahu melangkaui peranan sebagai penaja dengan menggabungkan kecemerlangan sukan, strategi dan cita-cita besar kelab itu bersama keupayaan kewangan, kepakaran digital serta komitmen jangka panjang bagi menyokong kemajuan ekonomi.

Kerjasama itu dimeterai oleh Wan Razly dan Ketua Pegawai Eksekutif Kuching City FC, Iswandi Ali Hassan, serta disaksikan Abang Johari; Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Datuk Sri Abdul Karim Rahman Hamzah; dan Pengerusi Eksekutif Kuching City FC, Datuk Fazzrudin Abdul Rahman.

Kerjasama itu menyaksikan Kumpulan Affin dilantik sebagai rakan perbankan rasmi Kuching City FC, sekali gus memperkukuh pembangunan sukan, ekonomi dan jenama Sarawak di peringkat Asia.

Kerjasama berkenaan diumumkan ketika Kuching City FC melakar sejarah baharu dengan bakal membuat penampilan sulung dalam Kejohanan Kelab ASEAN Shopee Cup 2026/2027 serta layak ke Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026/2027.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha