ARTIKEL

Timbalan Premier Datuk Amar Dr Sim Kui Hian (tengah) bersama-sama tetamu kehormat lain ketika pembukaan rasmi Affin Bang Cawangan Batu Kawah, hari ini. - Gambar Ghazali Bujang

AFFIN Bank perlu main peranan aktif dalam agenda pembangunan Sarawak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: AFFIN Bank perlu menjadi sebahagian daripada agenda pembangunan Sarawak, bukan sekadar menumpu kepada perjalanan perniagaannya semata-mata.

Timbalan Premier Datuk Amar Dr Sim Kui Hian berkata komitmen itu seiring dengan aspirasi pembangunan kerajaan negeri demi manfaat rakyat.

“Agenda bermaksud anda (AFFIN) memainkan peranan secara aktif dan menyesuaikan diri dengan agenda pembangunan kami, bukan kerajaan yang perlu menyesuaikan diri dengan agenda AFFIN.

“Kita bukan seperti Amerika Syarikat, dengan pentadbiran negara mungkin perlu menyesuaikan diri dengan agenda Amazon.

“Di China, malah Alibaba juga perlu selari dengan agenda kerajaan China. Itulah nilai kita dan cara kita mentadbir Sarawak,” katanya ketika menyempurnakan pembukaan rasmi AFFIN Bank Cawangan Batu Kawah, hari ini.

Pada masa sama, beliau turut berharap AFFIN Bank dapat memperluaskan program pendidikan kewangan di sekolah bagi meningkatkan kesedaran generasi muda mengenai pengurusan kewangan dan pelaburan.

Menurutnya, ia kerana di Batu Kawah misalnya, bukan sahaja Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) malah sekolah swasta St Joseph juga akan dibangunkan di situ.

“Saya berharap AFFIN Bank dapat pergi ke sekolah-sekolah dan mengajar anak-anak kita mengenai pendidikan kewangan.

“Saya sendiri dahulu tidak mendapat pendedahan yang baik. Saya tidak pernah berpeluang mempelajari tentang pendidikan kewangan,” katanya.

Justeru, Sim yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kawah menyifatkan pembukaan cawangan ke-13 AFFIN Bank di Sarawak itu merupakan langkah tepat memandangkan Batu Kawah sedang berkembang pesat sebagai kawasan perumahan dan komersial moden.

“Pada penggal pertama saya di sini, kerajaan negeri membelanjakan kira-kira RM300 juta untuk pembangunan infrastruktur dan pada penggal kedua ini pula, sebanyak RM900 juta dibelanjakan.

“Jadi dalam tempoh lima tahun akan datang, transformasi akan terus berlaku…Saya sedang membangunkan taman hijau dan taman air seluas 70 ekar supaya kawasan komersial di sini menjadi moden dan di bahagian belakang pula akan dibangunkan kawasan taman rekreasi.

“Maka pada masa depan, Batu Kawah bukan sahaja menjadi tempat untuk didiami dan beriadah, malah juga tempat untuk bekerja. Ia merupakan kawasan yang sangat sesuai untuk keluarga,” katanya.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha