KUALA LUMPUR: Affin Bank Bhd menerima kelulusan daripada Bank Negara Malaysia (BNM) untuk mengambil alih keseluruhan kepentingan ekuiti dalam Pheim Asset Management Sdn Bhd (Pheim AM) pada harga RM50 juta.
Dalam makluman kepada Bursa Malaysia semalam, bank itu berkata BNM melalui surat bertarikh 2 April 2026 yang diterima hari ini telah meluluskan cadangan pengambilalihan berkenaan.
“Kelulusan ini tertakluk kepada Affin Bank menjalankan semakan pasca penyiapan terhadap beberapa proses operasi Pheim AM Group, antaranya semakan oleh pihak luar yang bebas sebelum penyepaduan sistem,” katanya. – BERNAMA






