ARTIKEL

VICTOR (tiga kanan) ketika menyampaikan sumbangan korporat kepada wakil Kampung Mujat. Foto: LEVRONE AIGLE

AFFIN perkasa komuniti

ASYRAF HALIM

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI


SERIAN
: Peningkatan penggunaan transaksi digital dalam kalangan masyarakat menuntut usaha berterusan untuk memperkukuh literasi kewangan dan kesedaran terhadap keselamatan siber, khususnya di kawasan luar bandar.

Pengarah Perbankan Sarawak Affin Bank Berhad, Victor Liew Wui berkata, pendekatan turun padang dan bersemuka dengan komuniti merupakan kaedah paling berkesan bagi menyampaikan maklumat berkaitan pengurusan kewangan serta penggunaan perkhidmatan digital secara selamat.

“Pemilihan Kampung Mujat sebagai lokasi penganjuran Program Penutupan Gawai Dayak Affin 2026 mencerminkan komitmen Affin untuk mendekati komuniti luar bandar sambil menyokong pembangunan masyarakat melalui program yang memberi manfaat.

“Di Affin, kami percaya setiap komuniti mempunyai keunikan dan kekuatan tersendiri dan ini adalah sebahagian daripada usaha kami untuk mendekati komuniti setempat serta menyokong pembangunan masyarakat melalui program yang memberi manfaat dan relevan kepada mereka.

“Bagi kami, menghargai budaya tempatan bukan sekadar meraikan warisan, tetapi juga membina hubungan yang lebih erat dengan masyarakat,” katanya ketika berucap dalam Program OoHaa Gawai Dayak Affin 2026 di Rumah Panjang, Kampung Mujat Tebedu, baru-baru ini.

Beliau berkata, kerjasama strategik bersama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) serta Sarawak Digital Economy Corporation (SDEC) membolehkan maklumat berkaitan literasi kewangan dan keselamatan digital disampaikan secara lebih mudah difahami dan praktikal.

“Usaha turun padang seperti ini memberi peluang kepada kami untuk berinteraksi secara langsung dengan masyarakat.

“Kita juga mahu menjawab persoalan mereka dan meningkatkan keyakinan mereka dalam menggunakan perkhidmatan kewangan secara selamat dan bertanggungjawab,” jelasnya.

Tambah beliau, inisiatif seumpama itu juga penting dalam meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap ancaman penipuan digital yang semakin berleluasa seiring perkembangan teknologi dan peningkatan penggunaan transaksi dalam talian.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media pada Program Penutupan Gawai Dayak Affin 2026 di Kampung Mujat, Tebedu, baru-baru ini.

Program tersebut turut memberi peluang kepada pengamal media mendekati masyarakat setempat, di samping menyaksikan sendiri kehidupan komuniti luar bandar serta memperkenalkan keunikan budaya dan warisan Kampung Mujat.

BERITA LAIN

Perkukuh daya tahan ekonomi

KUALA LUMPUR: Belanjawan 2027 bertujuan memperkukuh daya tahan ekonomi Malaysia, menyokong perubahan industri dan meningkatkan pembangunan tenaga kerja dalam sektor sarung tangan getah, kata Persatuan

Industri minyak dan gas perluas operasi

KUALA LUMPUR: Industri perkhidmatan serta peralatan minyak dan gas (OGSE) Malaysia di landasan tepat bagi fasa pertumbuhan selanjutnya dan perlu terus memperluas skala operasi, inovasi

BERITA TERBARU