Trending

Agenda tersembunyi faktor keluar PSB

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

SIBU: Pemimpin jawatankuasa dan ahli Protem Parti Sarawak Bersatu (PSB) Cawangan Ngemah mengumumkan keluar parti semalam.

Pengerusi Protem PSB Ngemah, Susan Clement berkata, pihaknya tidak yakin terhadap perjuangan parti yang mempunyai banyak agenda tersembunyi.

“Kami keluar kerana berasakan PSB ada sesuatu yang tidak kena. Kami tidak bebas untuk memberikan idea dan perkaraperkara lain yang membabitkan rakyat.

“Bagaimana protem ini boleh berkhidmat kepada rakyat sekiranya kami dikawal dan tidak bebas.

“Lebih memburukkan keadaan, mereka ada agenda tersembunyi. PSB tidak mempunyai perancangan untuk membantu rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengumumkan dirinya serta lebih 200 ahli keluar parti yang disaksikan oleh Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Datuk Amar Dr James Jemut Masing di sebuah hotel terkemuka semalam.

Hadir sama ialah Ketua Pemuda Protem PSB Cawangan Ngemah Tuai Rumah Lembat Utau.

Susan mendakwa PSB hanya mengkritik pembangunan yang telah dilaksanakan oleh kerajaan kepada rakyat.

“Kami hilang kepercayaan terhadap kepimpinan PSB kerana mereka gagal melaksanakan pembangunan untuk rakyat, dan gagal menjaga kebajikan rakyat,” tegasnya.

Protem PSB Cawangan Ngemah mempunyai lebih 2,037 ahli dengan 1,037 ahli berdaftar.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

PBK bawa politik murahan

BETONG: Membangkitkan dakwaan tentang kemungkinan kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS)

E-Paper

26 November 2023

Berita Terbaru