ARTIKEL

Ketegangan yang semakin memuncak dalam konflik berterusan antara Israel dan Hamas, seperti yang dilihat dari Israel pada 10 Oktober 2024. REUTERS/Amir Cohen

Agensi PBB nafi laporan kakitangan terbunuh bersama pemimpin Hamas di Gaza

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

ISTANBUL: Agensi Kerja dan Bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA) pada Khamis menafikan dakwaan yang tersebar di Israel dan media sosial bahawa seorang kakitangan agensi itu terbunuh bersama pemimpin Hamas Yahya Sinwar di Semenanjung Gaza.

Laporan itu dikecam sebagai sebahagian daripada kempen maklumat palsu untuk menjejaskan agensi dan kakitangannya, lapor Agensi Anadolu (AA).

“Maklumat yang tidak disahkan sekali lagi digunakan untuk memburukkan UNRWA dan kakitangannya,” Ketua Pesuruhjaya agensi itu Philippe Lazzarini dalam satu kenyataan di X.

Lazzarini mengesahkan bahawa kakitangan yang disebut dalam laporan itu masih hidup dan kini menetap di Mesir.

“Awal hari ini, laporan tersebar di media sosial dan media Israel bahawa seorang kakitangan UNRWA terbunuh bersama ketua Hamas di Gaza.

“Saya mengesahkan bahawa kakitangan yang dimaksudkan itu masih hidup. Dia kini tinggal di Mesir selepas dia bersama keluarganya ke sana pada April melalui sempadan Rafah,” katanya.

Lazzarini menekankan keperluan untuk menghentikan penyebaran maklumat palsu oleh Israel.

Terdahulu Khamis, tentera Israel mendakwa telah membunuh ketua politik Hamas Yahya Sinwar dalam satu operasi ketenteraan di Gaza.

Tentera itu mengakui bahawa tiada tanda-tanda kehadiran tebusan di kawasan tempat Sinwar terbunuh.

Sinwar dipilih sebagai ketua politik Hamas pada Ogos, menggantikan Ismail Haniyeh, yang dibunuh di ibu negara Iran, Tehran, selepas menghadiri upacara angkat sumpah presiden baharu Iran pada 31 Julai.- BERNAMA-ANADOLU

BERITA LAIN

Trump siarkan video lelaki maut akibat harimau

WASHINGTON: Presiden AS Donald Trump memuat naik rakaman yang mengemparkan di akaun Truth Social beliau pada Selasa, memaparkan seorang lelaki di Britain yang maut dibaham

Pemimpin utama parti lipas dipenjara

NEW DELHI: Dua pemimpin parti pimpinan golongan muda India, Cockroach Janta Party (CJP), telah dikenakan perintah reman selama lima hari pada Rabu, ketika polis memperhebat

BERITA TERBARU

Majlis perundingan dicadang pacu pembangunan SDZ

KUCHING: Penubuhan Majlis Perundingan Pembangunan Zon Ekonomi Khas Sibu (SDZ) dicadangkan bagi menyelaraskan keutamaan pembangunan dan memastikan pelaksanaannya memenuhi keperluan rakyat, selain menggalakkan penyertaan pelbagai