ARTIKEL

Agih bubur lambuk secara pandu lalu

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MIRI: Sebanyak 1,000 bubur lambuk diagihkan secara pandu lalu kepada orang ramai di hadapan Masjid Miri, Jalan Merbau di sini, semalam.

Pengagihan sumbangan tersebut dilakukan dengan kerjasama Pejabat Agama Islam Bahagian Miri.

Pengurus Masjid Miri Rakesh Mahari berkata, cara pengagihan bubur lambuk adalah berbeza berbanding tahun sebelum ini berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyukur (PKPB).

“Tahun ini, kita melakukan pengagihan bubur lambuk secara pandu lalu , sesuai dengan prosedur operasi standard (SOP).

“Kita lakukan dengan cara yang sesuai bagi mematuhi SOP iaitu penjarakan sosial dan pemakaian pelitup muka,” katanya ketika ditemui semalam.

Beliau berharap pihak lain turut tampil melakukan aktiviti yang sama pada bulan Ramadan ini walaupun berlaku perubahan disebabkan PKPB.

“Saya berharap pihak lain tampil melakukan aktiviti pengagihan bubur lambuk ini pada bulan puasa sekarang.

“Tapi, kita kena pastikan ia dilakukan dengan cara yang betul dan mematuhi setiap langkah SOP,” jelasnya.

Dalam pada itu, Rakesh memberitahu, beliau bersyukur kerana diberikan kesempatan untuk mengadakan aktiviti pengagihan bubur lambuk walaupun berada dalam situasi sekarang.

“Setiap tahun, kami mengadakan pengagihan bubur lambuk iaitu beberapa kali sepanjang bulan puasa, cuma kali ini keadaan tidak mengizinkan kerana PKP.

“Ini merupakan pengagihan bubur lambuk pertama yang kami lakukan bagi bulan Ramadan untuk tahun ini,” ujar beliau.

Difahamkan, pengagihan bubur lambuk itu semalam bermula pada jam 2 petang sehingga semua selesai diedarkan.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha