ARTIKEL

Agih dana kepada agensi negeri bagi melancarkan tugas perkhidmatan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kerajaan Persekutuan perlu mengagihkan dana kepada agensi negeri yang bertanggunjawab dalam bidang pendidikan dan kesihatan, kata ADUN Satok Datuk Ibrahim Baki.

Menurutnya, ia penting bagi memastikan agensi-agensi negeri dapat melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka sepenuhnya untuk berkhidmat kepada rakyat Sarawak.

Selain, menggunakan bantuan tersebut untuk memperkasakan peranan agensi sebagai pihak yang terlibat dalam urusan harian di negeri ini.

“Justeru, Kerajaan Persekutuan bukan sahaja perlu memperuntukkan jumlah dana yang besar dan realistik tetapi juga mengagihkan dananya kepada agensi negeri yang bertanggungjawab dalam hal berkaitan.

“Seterusnya, dapat merealisasikan semangat Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), di mana Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri melalui agensi-agensi bekerjasama untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan usul penghargaan atas ucapan Yang di-Pertua Negeri Sarawak dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Ke-19, di sini, hari ini.

BERITA LAIN

Wajib bayar HUTANG, jangan tangguh

Hutang merupakan perkara yang lazim dalam kehidupan manusia. Ada yang berhutang untuk memenuhi keperluan keluarga, membeli rumah, mendapatkan kenderaan atau menjalankan perniagaan. Islam tidak melarang

BERITA TERBARU

Sarawak sasar kemudahan Sukan SEA siap lebih awal

KUCHING: Semua kerja menaik taraf kemudahan bagi penganjuran Sukan SEA 2027 di Sarawak perlu disiapkan selewat-lewatnya Jun tahun depan bagi membolehkan ujian operasi dijalankan sebelum