ARTIKEL

Agih risalah untuk kempen – Manyin

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SERIAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tebedu Datuk Amar Michael Manyin Jawong akan menggunakan risalah untuk berhubung dengan rakyat dalam konstituensinya, sebagai sebahagian daripada strategi kempennya pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Katanya ia kerana rakyat khususnya di kawasan pedalaman sukar untuk mendapat akses kepada media sosial disebabkan tiada capaian internet, selain kelaziman baru ekoran penularan Covid-19 yang menyukarkan pelbagai perkara dilaksanakan.

“Saya akan menggunakan risalah kerana dengan risalah kita akan dapat berhubung dengan rakyat.

“Ini telah kita lakukan kepada masyarakat Bidayuh sebelum ini di mana setiap isi rumah diberi risalah yang menjelaskan mengapa mereka perlu memilih Barisan Nasional (BN) sebelum ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Gereja St Paul Kampung Tema Saan yang telah siap dinaik taraf, di sini hari ini.

Manyin yang juga Menteri Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi menambah selain pengagihan risalah, jenteranya akan turut bekerjasama dengan ketua-ketua kampung.

Justeru, beliau menyeru agar masyarakat di kawasan Tebedu yang majoritinya masyarakat Bidayuh untuk terus memberikan sokongan kepada Gabungan Parti Sarawak (GPS) pada PRN yang bakal diadakan pada bila-bila masa pada tahun depan.

“Rakyat perlu menyokong GPS. Tiada pilihan lain, mereka perlu menyokong GPS khususnya masyarakat Bidayuh yang merupakan komuniti majoriti di sini,” katanya.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha