PUTRAJAYA: Barisan Nasional (BN) memaklumkan proses agihan kerusi bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Negeri Sembilan berjalan lancar tanpa pertindihan antara parti komponen.
Setiausaha Agung BN Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata perbincangan awal yang diadakan sebelum ini membantu melancarkan proses pembahagian kerusi.
Menurutnya, tiada masalah besar timbul kerana semua keputusan dibuat melalui semangat musyawarah dan persefahaman dalam BN.
Menurut Bernama, pemilihan calon pula diserahkan kepada Pengerusi Perhubungan BN negeri sebelum dibawa untuk kelulusan di peringkat tertinggi parti.
Johor dan Negeri Sembilan masing-masing mempunyai 56 dan 36 kerusi Dewan Undangan Negeri yang akan dipertandingkan pada PRN akan datang.



