ARTIKEL

Agong Akan Jalani Rawatan Susulan Kesakitan Musculoskeletal – Istana Negara

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim akan menjalani rawatan susulan kesakitan musculoskeletal (melibatkan otot dan tulang) pada bahagian belakang serta pinggul, menurut Istana Negara.

Dalam kenyataan hari ini, Istana Negara memaklumkan Seri Paduka Baginda dinasihatkan oleh pakar perubatan supaya berehat sebelum menjalani rawatan susulan bagi memberikan ruang kepada proses pemulihan.

“Justeru, Seri Paduka Baginda tidak berangkat ke Istiadat Perbarisan Sambutan Hari Pahlawan di Dataran Pahlawan Negara, Putrajaya, yang berlangsung hari ini (31 Julai),” menurut kenyataan itu.

Istiadat Perbarisan Hari Pahlawan Negara 2026 berlangsung pagi ini, dan dihadiri oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim serta isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Turut hadir Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin serta Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Malek Razak Sulaiman dan Ketua Polis Negara Tan Sri Mohd Khalid Ismail.- BERNAMA

BERITA LAIN

Wanita maut dalam kemalangan di Batu Niah

MIRI: Seorang wanita berusia 24 tahun maut selepas kereta dipandunya dipercayai merempuh belakang sebuah lori di Jalan Pan Borneo, berhampiran Simpang WTK, Batu Niah, pagi

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha